Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Senarai Perdana Menteri Malaysia

$
0
0
Senarai Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi kerajaan selepas Yang di Pertuan Agong (YDPA). Mereka diberi kuasa secara rasmi oleh Yang di Pertuan Agong, iaitu sebagai Ketua Negara. Kebiasaannya, pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri adalah berdasarkan prestasi individu itu selaku pemimpin bagi sesebuah parti politik mahupun parti komponen terkuat dalam Parlimen. Negara Malaysia telah diketuai berjumlah enam orang Perdana Menteri semenjak mencapai kemerdekaan dari tahun 1957 sehinggalah sekarang (2016) dan sekarang hampir masuk tahun 2017. Dibawah adalah senarai Perdana Menteri Malaysia yang sudah meneraju pucuk pimpinan negara Malaysia kita :

senarai perdana menteri malaysia

Senarai Perdana Menteri Malaysia

1) Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Tunku Abdul Rahman
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1903
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang pertama
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri : 31 Ogos 1957 – 22 September 1970
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” disebabkan bertungkus-lumus ingin membebaskanTanah Melayu dari takluk British. Usaha itu berjaya dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
  • Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah merupakan salah satu pencapaian beliau yang teragung.
  • Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 kemudian disemadikan di Makam Diraja Langgar bertempat di Alor Star
2) Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein

Tun Abdul Razak
  • Dilahirkan pada 11 Mac 1922
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang kedua selepas Tunku Abdul Rahman
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 22 September 1970 – 14 Januari 1976
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Malaysia”
  • Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) ketika tahun 1971 dengan tujuan untuk mengatasi masalah ekonomi serta sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
  • Mangkat pada 14 Januari 1976 kemudian disemadikan di Makam Pahlawan tidak jauh dengan Masjid Negeri, Kuala Lumpur.
3) Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn
Tun Hussien Onn
  • Dilahirkan pada 12 Februari 1922
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri Ketiga selepas Tun Abdul Razak
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 15 Januari 1976 – 16 Julai 1981
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Perpaduan Malaysia” atas usaha serta semangatnya demi mendidik konsep perpaduan dalam kalangan rakyat di negara Malaysia.
  • Dikenali dan disegani disebabkan usaha murni beliau dalam memperjuang untuk mencapai perpaduan kaum dan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mencuba untuk membangkitkan kekecohan yang melibatkan perkauman di dalam negara Malaysia,
  • Mangkat pada 29 Mei 1990 kemudian disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
4) Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Tun Mahathir Mohamad
  • Dilahirkan pada 10 Julai 1925
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri yang keempat selepas Tun Hussein Onn
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
  • Perdana menteri yang paling lama berkhidmat serta banyak menabur jasa sepanjang pemerintahannya.
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” disebabkan atas usaha beliau, Malaysia membangun sebagai sebuah negara industri baru yang disegani dalam kalangan negara-negara lain yang juga sedang membangun.
  • Antara projek-projek mega yang dipimpin sepanjang tempoh pentadbiran beliau antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas, dan Litar Antarabangsa Sepang.
5) Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah Badawi
  • Diahirkan pada 26 November 1939
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri yang kelima selepas Tun Mahathir
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 31 Oktober 2003 – 3 April 2009
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia” kerana beliau yakin bahawa modal insan adalah aset yang penting bagi memajukan negara ke tingkat yang lebih tinggi.
  • Tambahan lagi, penerapan serta pemahaman Islam Hadhari juga menyumbang dalam membantu penerajuan pembangunan modal insan ini.

6) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Najib Razak

  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri keenam selepas Tun Abdullah
  • Tempoh berkhidmat: 3 April 2009 sehingga sekarang.
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Transformasi Malaysia”
  • Pimpinan Datuk Seri Najib lebih banyak memfokuskan Transformasi Kerajaan iaitu usaha dalam meninggikan perkhidmatan awam serta pengurusan ke arah membentuk kerajaan lebih transparen (tidak berselindung).
  • Antara cara-cara yang diperkenalkan termasuklah menggunakan sistem Key Performance Indicator (KPI) bagi mengukur keupayaan serta kecekapan pegawai dan agensi serta Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menepatkan sasaran kepada sesuatu kawasan mahu pun bidang spesifik untuk kepentingan rakyat Malaysia
Sekian sahaja penerangan tentang senarai Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara dan usaha-usaha mereka untuk memajukan Malaysia sehingga mencapai gelaran dan panggilan masing-masing. Semoga artikel ini bermanfaat dan mendidik kita agar lebih cintakan negara Malaysia. Malaysia boleh!

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 dan 4 2017

$
0
0
Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 dan 4 2017. Untuk pemohon lepasan Darjah 6 dan pemohon lepasan Tingkatan 3 yang sudahpun memohon untuk memasuki ke Sekolah Berasrama Penuh, anda sekarang sudah boleh melakukan semakan keputusan SBP Tingkatan 1 and 4 2017 menggunakan laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 dan 4 2017

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 dan 4 2017

Sekarang para pemohon dapat melakukan semakan mengenai status permohonan mereka menggunakan laman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan SBP Bagi Tingkatan 1 2017

Permohonan SBP Tingkatan 1 2017
Tarikh Dibuka Permohonan15 Oct 2016
Tarikh Ditutup Permohonan15 Nov 2016
Tarikh Untuk Semakan Dibuka14 Dec 2016
Semakan Untuk Keputusan Permohonanhttps://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/index.cfm


Semakan Keputusan SBP Bagi Tingkatan 4 2017

Permohonan SBP Tingkatan 4 2017
Tarikh Dibuka Permohonan1 Dec 2016
Tarikh Dituutup Permohonan30 Dec 2016
Tarikh Untuk Semakan DibukaDijangka Pada Akhir Januari 2017(Tarikh akan diberitahu kelak)
Semakan Keputusan Permohonanhttps://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm
Untuk pemohon yang tidak berjaya, anda boleh melakukan rayuan secara atas talian untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tambahan maklumat, rayuan tersebut hanya bergantung kepada kekosongan yang ada sahaja.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online.

  1. Pergi ke laman portal Semakan SBP 2017 seperti yang dinyatakan di atas, pilih sama ada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  2. Tekan pada sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 ataupun tingkatan 4
  3. Isikan angka giliran UPSR/PBS anda
  4. Insikan info yang diminta di dalam ruangan catatan.
  5. Tekan pada e-rayuan
  6. Hantar

Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kini mendapat perhatian utama pelajar cemerlang kerana SBP mampu serta dapat melahirkan pelajar Cemerlang, Terbilang dan Gemilang

Semoga dengan artikel Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 serta 4 2017 dapat menolong anda.

Sila klik sini untuk Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

Syarat Kelayakan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional

$
0
0
Syarat Kelayakan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional. Jika anda mempunyai saudara mara yang berminat untuk masuk ke sekolah teknik atau kolej vokasional, bolehlah melihat syarat-syarat kemasukan di sini. Dibawah adalah syarat kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik dan juga Kolej Vokasional di seluruh Malaysia.
  • Rujuk juga : Senarai Kolej Vokasional seluruh Malaysia

Syarat Kelayakan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional

Syarat Kelayakan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional


SYARAT UMUM SERTA SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
ALIRAN PAV ( Untuk para pelajar tingkatan 3 yang mengambil aliran pendidikan asas vokasional )

Calon-calon mestilah :
  • Seorang warganegara Malaysia
  • Pelajar daripada Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015
  • Sihat dari segi tubuh badan
  • Tidak mempunyai penyakit-penyakit kronik (kencing manis, masalah jantung, sawan (epilepsy) darah tinggi, kecacatan dan penyakit-penyakit yang lain yang boleh mengehadkan murid daripada melakukan kerja amali);
  • Bebas daripada penyakit mental (gila)
  • Berminat dengan program yang dipohon
  • Dapat menguasai 3M (Membaca, Mengira, Menulis)
  • Untuk calon dalam bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian hendaklah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)

ALIRAN PERDANA (Untuk para pelajar tingkatan 3 yang mengambil aliran perdana )

SYARAT UMUM

Calon-calon mestilah :
  • Seorang warganegara Malaysia
  • Murid-murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan ataupun Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
  • Murid-murid yang telah mengambil Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Pentaksiran Sekolah (PS),  Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan juga Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Sihat dari segi tubuh badan
  • Tidak mempunyai penyakit-penyakit kronik (kencing manis, masalah jantung, sawan (epilepsy) darah tinggi, kecacatan dan penyakit-penyakit yang lain yang boleh mengehadkan murid daripada melakukan kerja amali);
  • Untuk calon dalam bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian hendaklah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  • Bebas daripada penyakit mental (gila)
  • Berminat dengan program yang diminta

SYARAT KHUSUS

  • Calon mendapat paling kurang gred D dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan paling kurang gred D dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3)
  • Calon mendapat paling kurang Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, serta Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL

(BAGI MURID TINGKATAN TIGA YANG MENGIKUTI ALIRAN PERDANA)

Calon-calon mestilah:
  • Seorang warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Murid-murid yang telah mengambil Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Pentaksiran Sekolah (PS),  Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan juga Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Sihat dari segi tubuh badan
  • Tidak mempunyai penyakit-penyakit kronik (kencing manis, masalah jantung, sawan (epilepsy) darah tinggi, kecacatan dan penyakit-penyakit yang lain yang boleh mengehadkan murid daripada melakukan kerja amali);
  • Bebas daripada penyakit mental (gila)
  • Berminat dengan kursus yang diminta
  • Bagi calon dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik serta Elektronikserta Kejuruteraan Awam hendeklah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai syarat kelayakan sekolah teknik dan juga kolej vokasional, silalah baca disini —-> SYARAT KV SMT. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda.

Senarai Kolej Vokasional Di Malaysia

$
0
0
Senarai Kolej Vokasional di Malaysia. Kolej Vokasional adalah salah satu alternatif lain bagi murid-murid yang mahu untuk mendalami pengkhususan dalam sesuatu bidang kemahiran. Ianya disebabkan kerana, sekiranya bergantung kepada akademik sahaja 100%, ianya belum tentu lagi dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Kemahiran serta pengalaman seseorang juga menjadi kayu pengukur dalam menentukan kejayaan seseorang individu itu.

Senarai Kolej Vokasional Di Malaysia

Senarai Kolej Vokasional di Malaysia

Dibawah adalah senarai Kolej Vokasional di Malaysia beserta kursus-kursus yang ditawarkan :

PERAK

1. KOLEJ VOKASIONAL GERIK

  • Kursus : Pengurusan Pejabat
2. KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa

3. KOLEJ VOKASIONAL TAIPING
  • Kursus : Operasi Pembuatan Perabot

4. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP – 300 -3:2013)
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC
5. KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
  • Kursus : Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012- 2:2012)

SELANGOR

1. KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
  • Kursus : Operasi Jualan dan Pemasaran

2. KOLEJ VOKASIONAL KLANG
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP – 300 -3:2013)
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa

3. KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP – 300 -2:2013)
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP – 300 -3:2013)

4. KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

5. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

PAHANG

1. KOLEJ VOKASIONAL PUTERI, TEMERLOH
  • Kursus : Kerani Perbankan Komersial & Runcit
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

2. KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

3. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

4. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

5. KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
  • Kursus : Operasi Pembuatan Perabot

6. KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa

KELANTAN

1. KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
  • Kursus : Juruteknik Akuakultur
  • Kursus : Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012- 2:2012)

2. KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA & SMK KUBANG KERIAN 2
  • Kursus : Operasi Pembuatan Perabot
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

3. KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

4. KOLEJ VOKASIONAL BACHOK
  • Kursus : Kerani Perbankan Komersial & Runcit
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

JOHOR

1. KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

2. KOLEJ VOKASIONAL MUAR
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP – 300 -3:2013)
  • Kursus : Operasi Pembuatan Perabot

3. KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

KEDAH

1. KOLEJ VOKASIONAL KULIM
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-3:2013)
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa

2. KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
  • Kursus : Penyediaan & Pembuatan Makanan

3. KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

4. KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita

MELAKA

1. KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
  • Kursus : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

2. KOLEJ VOKASIONAL JASIN
  • Kursus : Operasi Pengeluaran dan Pemasaran

NEGERI SEMBILAN

1. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa

2. KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA
  • Kursus : Juruteknik Akuakultur
  • Kursus : Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-2:2012)

3. KOLEJ VOKASIONAL DATO’ UNDANG HAJI MUHAMMAD SHARIP
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita

PULAU PINANG

1. KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

PERLIS
1. KOLEJ VOKASIONAL ARAU
  • Kursus : Pengurusan Pejabat

TERENGGANU

1. KOLEJ VOKASIONAL KUALA TERENGGANU (WAKAF TEMBESU)
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-3:2013)

2. KOLEJ VOKASIONAL BESUT
  • Kursus : Automotif – Servis Selepas Jualan (TP-300-3:2013)

WILAYAH PERSEKUTUAN


1. KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa

2. KOLEJ VOKASIONAL (ERT)SETAPAK
  • Kursus : Pembuatan Pakaian Wanita

3. KOLEJ VOKASIONAL LABUAN
  • Kursus : Kerani Perbankan Komersial dan Runcit
  • Kursus : Operasi Jualan dan Pemasaran

SABAH

1. KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

2. KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
  • Kursus : Juruteknik Akuakultur
  • Kursus : Operasi Pembungkusan Hasil Produk
  • Kursus : Pemprosesan Makanan (AF-012-2:2012)

3. KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa
SARAWAK

1. KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
  • Kursus : Penyediaan dan Pembuatan Makanan

2. KOLEJ VOKASIONAL BETONG
  • Kursus : Kerani Audit
  • Kursus : Operasi Pembuatan Perabot

3. KOLEJ VOKASIONAL SIBU
  • Kursus : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa

4. KOLEJ VOKASIONAL MIRI
  • Kursus : Kerani Audit

Kepada adik-adik lepasan PT3 buatlah pilihan yang bernas.‘Discover’ minat masing-masing. Usahlah memilih kursus kerana hendak mengikuti kawan ataupun kerana faktor tempat. Jikalau adik-adik masih berada di dalam dilema untuk memasuki mana-mana senarai kolej vokasional di Malaysia, lakukanlah solat istikharah serta kemudian  berbincanglah dengan baik bersama-sama ibu bapa ataupun orang yang anda percayai. InshaAllah anda akan memperoleh jawapan yang terbaik.

“Takkan menyesal orang yang istikharah. Takkan rugi dia yang bermusyawarah.” (HR Ath Thabrani)

Klik disini untuk melihat senarai Kolej Komuniti Di Seluruh Malaysia.

Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia

$
0
0
Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia. Pasti setiap para pelajar lepasan SPM mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran masing-masing untuk mencapai cita-cita yang ingin digapai. Selain dari STPM, Matrikulasi, murid lepasan sekolah tutur boleh mendaftar untuk memasuki ke Kolej Komuniti. Hal ini kerana Kolej Komuniti menyediakan pembelajaran yang lebih fokus kepada teori. Artikel ini akan menceritakan tentang senarai Kolej Komuniti di Malaysia.

Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia

Senarai Kolej Komuniti Di Malaysia

Dibawah merupakan senarai kolej komuniti yang terdapat di seluruh Malaysia:

PERLIS:
  • Kolej Komuniti Arau

KEDAH:
  • Kolej Komuniti Bandar Darulaman
  • Kolej Komuniti Baling
  • Kolej Komuniti Padang Terap
  • Kolej Komuniti Jerai
  • Kolej Komuniti Kulim
  • Kolej Komuniti Sungai Petani
  • Kolej Komuniti Bandar Baharu
  • Kolej Komuniti Langkawi
  • Kolej Komuniti Sik

PULAU PINANG:
  • Kolej Komuniti Kepala Batas
  • Kolej Komuniti Bayan Baru
  • Kolej Komuniti Tasek Gelugor
  • Kolej Komuniti Nibong Tebal
  • Kolej Komuniti Seberang Jaya
  • Kolej Komuniti Bukit Mertajam

PERAK:
  • Kolej Komuniti Chenderoh
  • Kolej Komuniti Sungai Siput
  • Kolej Komuniti Pasir Salak
  • Kolej Komuniti Tapah
  • Kolej Komuniti Teluk Intan
  • Kolej Komuniti Bagan Serai
  • Kolej Komuniti Bagan Datoh
  • Kolej Komuniti Kuala Kangsar
  • Kolej Komuniti Gerik
  • Kolej Komuniti Manjong
  • Kolej Komuniti Taiping
  • Kolej Komuniti Batu Gajah
  • Kolej Komuniti Gopeng

SELANGOR:
  • Kolej Komuniti Sabak Bernam
  • Kolej Komuniti Tanjong Karang
  • Kolej Komuniti Shah Alam
  • Kolej Komuniti Ampang
  • Kolej Komuniti Kuala Langat
  • Kolej Komuniti Klang
  • Kolej Komuniti Hulu Selangor
  • Kolej Komuniti Selayang
  • Kolej Komuniti Hulu Langat
  • Kolej Komuniti Kelana Jaya

NEGERI SEMBILAN:
  • Kolej Komuniti Jempol
  • Kolej Komuniti Tampin
  • Kolej Komuniti Rembau
  • Kolej Komuniti Jelebu

MELAKA:
  • Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Kolej Komuniti Selandar
  • Kolej Komuniti Bukit Beruang
  • Kolej Komuniti Jasin
  • Kolej Komuniti Tangga Batu
  • Kolej Komuniti Kota Melaka

JOHOR:
  • Kolej Komuniti Ledang
  • Kolej Komuniti Pagoh
  • Kolej Komuniti Segamat
  • Kolej Komuniti Segamat 2
  • Kolej Komuniti Muar
  • Kolej Komuniti Bandar Penawar
  • Kolej Komuniti Kota Tinggi
  • Kolej Komuniti Batu Pahat
  • Kolej Komuniti Bandar Tenggara
  • Kolej Komuniti Pasir Gudang
  • Kolej Komuniti Tanjung Piai
  • Kolej Komuniti Kluang

PAHANG:
  • Kolej Komuniti Rompin
  • Kolej Komuniti Temerloh
  • Kolej Komuniti Lipis
  • Kolej Komuniti Bentong
  • Kolej Komuniti Raub
  • Kolej Komuniti Paya Besar
  • Kolej Komuniti Pekan
  • Kolej Komuniti Bera
  • Kolej Komuniti Kuantan
  • Kolej Komuniti Jerantut

TERENGGANU:
  • Kolej Komuniti Kuala Terengganu
  • Kolej Komuniti Besut
  • Kolej Komuniti Kemaman

KELANTAN:
  • Kolej Komuniti Jeli
  • Kolej Komuniti Pasir Mas
  • Kolej Komuniti Kok Lanas

SARAWAK:
  • Kolej Komuniti Kuching
  • Kolej Komuniti Miri
  • Kolej Komuniti Betong
  • Kolej Komuniti Mas Gading
  • Kolej Komuniti Sarikei
  • Kolej Komuniti Santubong

SABAH:

  • Kolej Komuniti Tawau
  • Kolej Komuniti Sandakan
  • Kolej Komuniti Tambunan
  • Kolej Komuniti Semporna
  • Kolej Komuniti Beaufort
  • Kolej Komuniti Penampang
  • Kolej Komuniti Lahad Datu
  • Kolej Komuniti Kota Marudu

Sehingga sekarang, terdapat 94 buah kolej komuniti yang sudah beroperasi di seluruh Malaysia. Jangan bazirkan peluang anda untuk menjadi salah seorang daripada penuntut di kolej komuniti. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah rujuk kepada laman portal kolej komuniti mengikut tempat/negeri yang hendak dimasuki.

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

$
0
0
Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro. Terdapat macam-macam alternatif untuk membuat semakan bil penggunaan bulanan Astro rumah ataupun kedai makan dan juga restoran. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara mudah bagi menyemak bil Astro kepada para pembaca, iaitu melalui sistem E-Billing.

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

Melalui E-Billing
  • Lawati laman portal halaman https://www.astro.com.my/ebilling
  • Pada bahagian atas sekali portal bahagian kanan anda akan nampak butang untuk login dan register
  • Sekiranya anda telah mempunyai Astro ID, login masuk bagi menyemak bil Astro
  • Sekiranya belum, sila klik register serta isikan butir-butir yang diperlukan. Ianya begitu mudah dan mesra pengguna.

Cara Baca Invois Astro Dengan Mudah

Dibawah adalah invois yang menunjukkan seperti di E-Billing Astro dan maklumat terperinci bagi pemahaman para pelangggan:

ebilling astro malaysia


A. Nama dan Alamat pengguna

B. Nombor pihak Astro yang boleh di-contact

C. Informasi invois (nombor akaun, tarikh invois, tempoh bil, serta nombor invois)

D. Jumlah Caj Tertunggak yang harus dibayar segera bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan

E. Tarikh matang untuk penjelasan Caj Baru

F. Jumlah keseluruhan yang harus dibayar

G. Kod cukai untuk GST

H. Cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap perincian bil sepanjang tempoh perlaksanaan Cukai Perkhidmatan

I. Caj GST yang dikenakan bagi setiap perincian bil sepanjang tempoh perlaksanaan GST

J. Jenis cukai

K. Maklumat mata ganjaran Astro Circle

1 – Baki bulan lalu

2 – Pembayaran terakhir yang dilunaskan bagi tempoh bulan lalu

3 – Jumlah caj semasa bagi langganan anda

4 – Diskaun/rebat/pengecualian/penyelerasan serta prorata bakal diperincikan di sini

a. Baki mata ganjaran Astro Circle (AC) terkumpul sejak tempoh bil lalu

b. Mata ganjaran AC terkumpul sejak tempoh bil ini

c. Mata ganjaran AC yang terkumpul sejak promosi istimewa

d. Mata ganjaran AC setelah penolakan dan penambahan

e. Jumlah mata ganjaran AC yang dimiliki bagi penebusan ganjaran


Kelebihan E-Billing Astro
  • Dapat menjimatkan penggunaan kertas
  • Tiada lagi kelewatan menerima bil oleh kerana penghantaran surat yang biasa
  • Dapat menyimpan semua rekod-rekod bil yang sudah dihantar kepada pengguna
  • Dapat mengakses bil-bil anda dengan mudah 24 jam sehari dan tidak kira di mana sahaja anda berada
Sekian sahaja tips tentang cara mudah untuk semak bil Astro anda melalui E-Billing. Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan para pengguna khususnya pengguna Astro suapaya dapat membuat pembayaran awal bagi mengelakkan daripada servis tergendala.

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

$
0
0
Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung. Ketahui punca dan cara merawat penyakit resdung. Penyakit resdung amat banyak dihadapi oleh rakyat di negara kita. Mari kita baca perkongsian tentang resdung ataupun sinus ini.

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

Apa itu Resdung?
Penyakit hidung yang dihadapi disebabkan oleh radang pada membran sinus .

Apa itu Sinus?
Sinus adalah rongga di dalam tulang muka yang mengandungi udara. Permukaannya diseliputi oleh mukosa (kulit yang menghasilkan mukus atau hingus).

Secara fisiologikal (keadaan biasa) mukosa yang mengeluarkan hingus. Hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui ‘ostium’. Ostium ialah lubang kecil. Melalui ostium, hingus ini mengalir keluar ke dalam rongga hidung. Jika ‘ostium’ tersumbat, hingus berkumpul di dalam sinus. Keadaan ini bakal mengakibatkan kehadiran kuman kemudian membawa kepada terjadinya resdung.

Punca dan Cara Merawat Penyakit Resdung

TANDA-TANDA RESDUNG
  • Jerawat pada wajah serta di belakang badan
  • Gejala alahan hidung contohnya gatal hidung, bersin dan lain-lain
  • Demam atau rasa tidak sedap badan berterusan
  • Sakit tekak yang berterusan dan berulang
  • Sakit atau rasa berat muka terutama di kawasan antara mata
  • Lendir dari hidung serta tekak
  • Hidung sentiasa tersumbat

PUNCA PENYAKIT RESDUNG

  • ALLERGIK/ALAHAN : Makanan tertentu, habuk ,parasit (demodex), kutu. Apabila seseorang mengalami alahan, daging yang berfungsi sebagai penapis udara bakal membengkak menyebabkan udara tidak boleh dikeluarkan. Udara akan terkumpul serta  kulat akan tumbuh. Kawasan dalam hidung akan semakin membengkak serta menyebabkan rasa sakit.
  • STRUKTUR HIDUNG YANG TIDAK NORMAL : Kemalangan yang mengakibatkan tulang hidung patah ataupun retak boleh mengakibatkan resdung. Sesetengah individu yang mempunyai ‘tulang hidung senget’ (deviated nasal septum) dari kecil , risiko resdung adalah tinggi.
  • KEROSAKAN ATAU SAKIT GIGI DI BAHAGIAN GUSI : Kuman daripada gigi yang rosak dapat merebak hingga ke rongga sinus dan mengakibatkan resdung. Hal ini kerana kedudukan gusi /gigi yang berdekatan dengan sinus (maxillary sinus)

KOMPLIKASI RESDUNG
  • Selesema yang berterusan
  • Jangkitan telinga dan tonsil , khususnya kanak-kanak
  • Jangkitan tulang muka
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Berdengkur yang kronik
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Jangkitan nanah di sekeliling mata . Boleh menyebabkan hilang deria penglihatan.

CARA MERAWAT RESDUNG

Rawatan resdung adalah berasaskan gejala dan hasil diagnosis pesakit , doktor biasanya bakal mengesyorkan rawatan yang bersesuaian:
  • Antibiotik (bagi resdung akut 10-14 hari)
  • Dekongestan (ubat titis atay semburan hidung )
  • Ubat selesema
  • Jika rawatan-rawatan lain tidak berkesan, pembedahan akan dipertimbangkan

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, ramai pesakit tidak sedar mereka mempunyai penyakit tersebut. Sekian terima kasih.

Senarai Tempat Menarik Di Penang

$
0
0
Senarai Tempat Menarik Di Penang. Setiap negeri ada keunikan tersendiri yang menjadikan ianya berbeza dengan yang lain. Bagi artikel kali ini, admin akan menceritakan mengenai tempat menarik di Penang.

Senarai Tempat Menarik Di Penang

Tempat Menarik Di Penang

PENANG ESCAPE THEME PARK
  • Penang Escape Theme Park menyediakan bermacam-macam aktiviti ‘outdoor’ yang lasak dan mencabar. Lokasi ini amat sesuai kepada sesiapa yang gemar melakukan aktiviti lasak di samping menguji daya ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Sesuai bagi semua peringkat usia, para pelancong pasti berpuas hati setelah berkunjung ke sini.
PENANG ESCAPE THEME PARK


PADANG KOTA LAMA
  • Padang Kota Lama adalah satu daya tarikan yang tidak asing lagi dan sering menjadi bualan ramai orang yang telah berkunjung ke Pulau Pinang. Antara tarikan yang paling utama di sini adalah Fort Cornwallis serta bangunan Penang City Hall. Untuk pengetahuan anda, Fort Cornwallis adalah sebuah kota yang dibina oleh Francis Light ketika tahun 1786 sebagai benteng pertahanan untuk menahan serangan musuh-musuh pada masa itu. Antara kesan-kesan peninggalan yang masih ada di dalam kota ini sebagai warisan sejarah termasuklah meriam, gereja, berek, stor senjata api, rumah api, dan tugu gangsa Francis Light.
  • Tambahan lagi, Padang Kota Lama juga terkenal dengan masakan tempatannya iaitu pasembur, yang begitu sedap dan mesti dirasa sekiranya datang ke sini. Ianya tidak juga jauh daripada Fort Cornwallis dan juga terletak di Esplanade Park Food Court.
PADANG KOTA LAMA

PADANG KOTA LAMA 1


BUKIT BENDERA

Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak 6 km dari Georgetown. Tambahan pula, ianya adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Jadi tidak hairanlah mengapa tempat ini boleh dikatakan sejuk jika tidak pakai baju yang tebal semasa melawat ke sini.

BUKIT BENDERA

TAMAN BOTANI PENANG

Taman Botani Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Botanical Garden Penang adalah salah satu tarikan di Pulau Pinang yang mana pengunjung dapat melihat pelbagai jenis bunga dan mempunyai lanskap yang menempatkan bermacam-macam jenis spesis tumbuhan eksotik dan asli. Ianya terletak di Jalan Kebun Bunga, George Town dan juga adalah salah satu warisan peninggalan British yang masih kekal sehingga sekarang.

TAMAN BOTANI PENANG

PENANG STREET ART

Untuk pengetahuan anda,  pada tahun 2012, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengupah Ernest Zacharevic, artis yang berasal dari Lithuania bagi menghiasi serta memberi nafas baru ke dalam beberapa buah kedai di sekitar George Town. Hasilnya, tempat tersebut sudah berkembang dan menjadi destinasi wajib bagi setiap pelancong tidak kira dari dalam atau pun luar negara.

PENANG STREET ART

PANTAI BATU FERRINGHI

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti air atau pun gemar bersantai di tepi pantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga matahari terbenam, Batu Ferringhi adalah destinasi yang terbaik untuk anda pergi. Pelbagai aktiviti sukan air yang diberikan, pilihan restoran yang banyak serta senang, dan tempat yang agak santai bagi menikmati keindahan alam. Pada waktu malam, di sini meriah dengan bazar malam yang membekalkan pelbagai makanan termasuklah makanan tempatan dan luar mengikut citarasa pelancong.

PANTAI BATU FERRINGHI

Itu sahaja perkongsian mengenai tempat menarik di Penang. Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada para pembaca bagi merancang perjalanan ketika melancong ke Penang.


Senarai Tempat Menarik Di Melaka

$
0
0
Senarai Tempat Menarik Di Melaka.Pada tahun 2015, kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Melaka Bandaraya Bersejarah. Sememangnya negeri ini amat kaya dengan sejarahnya. Kami berada di Melaka selama 2 hari 1 malam. Tempoh tersebut agak singkat untuk ‘discover’ kesemua tempat-tempat menarik yang ada di Melaka.

Kami memulakan perjalanan ke Melaka dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Oleh kerana kami menumpang di rumah sepupu di Putrajaya, kami menaiki ERL dari Putrajaya untuk ke TBS. Dari TBS , kami membeli tiket bas ke Masjid Tanah. Dari situ, kami menyewa kereta untuk dipakai ketika melawat ke semua tempat menarik di Melaka.

PUTRAJAYA ke TBS dengan ERL : RM8.00

TBS ke MASJID TANAH dengan Bus : RM11.00

Tempat Menarik Di Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka

Antara tempat-tempat yang menarik yang sempat kami ‘cover’ adalah :

1. MASBRO VILLAGE

MASBRO VILLAGE

Australia Village atau namanya juga Masbro Village ialah salah satu tumpuan di Melaka. Walaupun kelihatan sempit, tetapi setiap unit rumah disini amat sesuai untuk percutian keluarga. Paling kurang 6 orang boleh dimuatkan bagi setiap rumah.

Kemudahan yang diberi boleh dikatakan lengkap. Ruang tamu lengkap dengan tv, sofa serta meja makan. Dapur lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, cerek dan sebagainya.

P/S : Kami datang sini untuk ambil gambar sahaja!

MASBRO VILLAGE

2. PANTAI KLEBANG

Sememangnya, jika anda adalah seorang ‘hipster’ yang tidak mengikuti aliran semasa (baca: mainstream) silalah datang ke Pantai Klebang!

COCONUT SHAKE KLEBANG

COCONUT SHAKE KLEBANG

THE FAMOUS COCONUT SHAKE IN KLEBANG

Yang ini wajib cuba

BUSTEL


bustel malacca

Bustel ataupun Bus Hotel adalah antara tarikan di Pantai Klebang. Jangan terkejut sekiranya bas-bas lama yang berderet tersusun ni sebenarnya adalah tempat penginapan. Jangan bazirkan peluang ini untuk menginap di Bustel / Bus hotel. Hanya di Pantai Klebang, Melaka.

MUZIUM KAPAL SELAM

Muzium Kapal Selam Melaka
Kami tidak berkesempatan untuk melawat ke muzium ini kerana kesuntukan masa.

klebang melaka

While in Klebang,

klebang melaka

Sebenarnya Klebang ni famous kerana boleh bergambar ala-ala padang pasir gitu. Rare owhh. Tetapi dinasihatkan untuk mengelakkan datang pada waktu tengahari kerana pada waktu itu cuaca agak panas.

3. BANDAR MELAKA.

Uniknya Bandar Melaka ini, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja bagi melawat ke satu-satu tempat seperti Banda Hilir, Gereja St. Christ, Kota A’Famosa , Kota St. John  dan lain-lain. Sebab kami suka ambil gambar cantik-cantik, kami tidak lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar sepuas-puasnya.

Tempat-Menarik-Di-Melaka

bandar melaka

beca melaka

beca melaka 1

Terdapat juga beca yang berwarna-warni di Bandar Melaka.
Antara tempat-tempat yang menarik yang kami sempat lawat adalah Jonker Walk. Jonker Walk ni macam pasar malam. Jadi kalau hendak beli souvenir bawa balik bolehla beli di sini. Jangan lupa rasa cendol Melaka dan Assam Pedas Melaka. Worth to try!

FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE

freeport a famosa village

Tempat-Menarik-Di-Melaka

THE SHORE SKY TOWER

THE SHORE SKY TOWER malacca

THE SHORE SKY TOWER malacca


Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Melaka yang tidak sempat kami senaraikan. Jika anda tahu mana-mana lokasi yang menarik di melaka yang jarang orang tahu atau anda hendak cadangkan tempat yang wajib dilawati, anda dipersilakan untuk komen di bawah ini. Terima kasih.

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

$
0
0
Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6.Memandangkan peperiksaan SPM 2016 telah pun berakhir, para pelajar amat disarankan untuk mula melakukan kajian mengenai tempat yang sesuai untuk menyambung pelajaran bagi peringkat seterusnya. Artikel di sini akan menceritakan tengang beza matrikulasi, asasi dan tingkatan 6.

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

Beza Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6

i. Matrikulasi

  • Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih mengfokuskan kepada 3 bidang pengajian, iaitu bidang sains, bidang perakauan, dan bidang teknikal.
  • Tempoh waktu program ini terbahagi kepada 2 iaitu Program Satu Tahun (2 semester) ataupun Program Dua Tahun (4 semester). Kedua-dua program ini disusun berdasarkan kelayakan dan keputusan SPM yang anda perolehi.
  • Sijil lepasan matrikulasi tidak boleh diguna pakai bagi memohon pekerjaan. Walaubagaimanapun, sijil tersebut boleh digunakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda berdasarkan bidang yang ingin anda ceburi serta kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

ii. Asasi

  • Program Asasi diuruskan oleh universiti yang terpilih di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Terbahagi kepada beberapa bidang dan mengambil masa antara setahun sehingga 2 tahun berdasarkan bidang yang diambil.
  • Silibus program lebih bersifat fokus kepada bidang jurusan yang bakal diambil ketika program ijazah sarjana muda.
  • Antara universiti yang menyediakan program asasi adalah:
  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Putra Malaysia
  3. Universiti Sains Islam Malaysia
  4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  5. Universiti Teknologi Mara
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Sijil lepasan asasi juga tidak boleh diguna pakai bagi memohon pekerjaan. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan sijil tersebut sekiranya ingin berpindah ke universiti pilihan anda mengikut jurusan yang telah diambil ketika program asasi.

iii. Tingkatan Enam

  • Mempunyai 2 aliran yang ditawarkan iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
  • Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan.
  • Sebanyak 22 mata pelajaran yang disediakan dalam sistem STPM. Namun hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang dipilih termasuklah mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran yang wajib diambil.
  • Mata pelajaran MUET wajib diambil oleh setiap pelajar tidak kira anda berada di Matrikulasi, Asasi mahu pun Tingkatan 6.
  • Dibawah adalah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem STPM:
mata pelajaran stpm

  • Sijil STPM boleh diguna pakai bagi memohon pekerjaan, oleh kerana sijil tersebut mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assesment, England. Anda juga boleh membuat permohonan untuk menyambung pelajaran ke luar negara sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekian sahaja perkongsian yang mudah mengenai perbezaan antara matrikulasi, asasi dan juga tingkatan 6. Semoga artikel ini dapat menolong anda lebih-lebih lagi yang baru sahaja menduduki SPM pada tahun ini agar anda semua dapat membuat keputusan yang bijak dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia

$
0
0
Senarai Universiti Awam UA di Malaysia. Universiti Awam adalah universiti yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. UA dahulunya dipanggil sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis kumpulan UA iaitu, Universiti Penyelidikan, Universiti berfokus, dan juga universiti komprehensif. Kami akan menceritakan mengenai senarai Universiti Awam UA dalam negara Malaysia.

Universti penyelidikan adalah kumpulan universiti yang lebih khusus kepada penyelidikan. Kebiasaannya universiti ini mempunyai bilangan pelajar master serta kedoktoran yang tinggi. Manakala universiti berfokus pula adalah universiti yang fokus kepada jurusan tertentu sahaja sebagai contoh teknikal, pertahanan, pendidikan, dan pengurusan. Kemudian, universiti komprehensif pula adalah universiti yang menawarkan pelbagai jurusan.

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia


Universiti Penyelidikan

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Berfokus

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Komprehensif

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Sekarang ini sudah terdapat 20 UA yang ada di Malaysia. 11 Universiti Berfokus, 5 Universiti Penyelidikan dan juga 4 Universiti Komprehensif. Kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari maklumat tentang Senarai Universiti Awam UA di Malaysia, diharapkan artikel ini dapat menolong anda. Sekian terima kasih.

Jadual Festival Lampu Putrajaya 2016

$
0
0
Jadual Dan Peta Lokasi Festival Lampu Putrajaya 2016. Selepas Pameran MAHA yang baru sahaja berakhir, kini penduduk Lembah Kelang bakal berpeluang untuk hadir ke satu lagi festival yang gempak. Festival Lampu Putrajaya 2016 atau nama Inggerisnya Light and Motion Putrajaya (LAMPU). Festivali ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan akan berlangsung selama 3 malam berturut-turut bermula dari 30 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017. Festival ini bukan kali pertama dianjurkan di Malaysia dan anda tidak perlu lagi ke Geneva bagi menonton secara 'live' festival lampu yang sebegini.

Festival Lampu Putrajaya 2016

Jadual Festival Lampu Putrajaya 2016

Antara aktiviti yang akan diadakan antaranya adalah kesenian pencahayaan kreatif, interaktif serta penuh warna-warni pada fasad-fasad bangunan, struktur dan kawasan sekitar Presint 3, Putrajaya.

Bermacam-macam aktiviti menarik dan menghiburkan luga juga tersedia seperti pertandingan fotografi dan video, Lampu Skywave, Beca Lamp Putrajaya, Wayang Kulit Kelantan, Car Light Show, Street performance dan lain-lain.

Tarikh berlangsung : 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017

Waktu berlangsung : 7:30 PM – 12:00 PM

Betempat di : Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

AKTIVITI FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA 2016

jadual pesta lampu putrajaya 2016

PETA LOKASI FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA 2016

peta lokasi festival lampu putrajaya 2016

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati :

Kepada sesiapa sahaja yang berkesempatan dan tinggal berhampiran, marilah kita sama-sama memeriahkan Festival Lampu Putrajaya 2016 kali ini. Sekian terima kasih, kita jumpa di sana!

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

$
0
0
Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah.Kurang keyakinan disebabkan mempunyai gigi yang kuning? Kerjaya yang membuatkan anda wajib berinteraksi dengan orang lain pasti menyebabkan anda gusar sekiranya anda yang memiliki gigi yang kuning. Jangan risau, disini kami hendak berkongsi kepada anda bagaimana cara memutihkan gigi dengan mudah!

Gigi putih bersih adalah impian bagi setiap seseorang yang normal tidak kira lelaki ataupun wanita. Mempunyai gigi putih membekalkan satu aura positif kepada sesiapa sahaja malahan jika anda memilikinya anda juga mungkin tidak akan berhenti memberi senyuman menampakkan gigi anda yang putih pada khalayak ramai. Senyum kan sedekah! Dibawah ini kami kongsikan 10 cara memutihkan gigi dengan mudah.

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

Cara Memutihkan Gigi Dengan Mudah

1. Menggunakan Kayu Siwak

  • Siwak atau Miswak adalah sejenis kayu yang popular sejak zaman dahulu diguna pakai untuk mencuci gigi secara tradisional tanpa memakai sebarang bahan kimia. Penggunaan Siwak telah dipakai semenjak Zaman Mesir Kuno sehinggalah sekarang.

Cara-cara penggunakan Siwak

  • i. Ambil kayu siwak yang lembut sama ada dari dahannya mahupun akarnya
  • ii. Tumbuk siwak hingga halus, selepas itu gosokkan dengan berhati-hati pada gigi
  • iii. Gosok gigi dalam jangka masa 10-15 saat
  • iv. Kumur dengan menggunakan air suam

2. Menggunakan arang kayu

  • Janggal bukan? Menggunakan arang hitam bagi memutihkan gigi? Tapi begitulah kandungan bahan yang terkandung dalam arang boleh memutihkan gigi yang kuning.
  • Disebabkan arang mempunyai sifat menghakis enamel gigi, hadkan penggunaannya. Gunalah 1-2 kali sahaja. Hal ini kerana, penggunaan yang berlebihan bakal menyebabkan ngilu dan sakit pada gigi.
  • i. Ambil arang secukupnya
  • ii. Tumbuk sampai halus
  • iii. Gunakan serbuk itu bagi menggosok gigi perlahan-lahan
  • iv. Berkumur dengan air suam kemudian lihatlah hasilnya.
Nota kaki : Walaupun dapat memutihkan gigi dengan pantas, elakkan daripada memakainya secara berlebihan.

3. Menggunakan Kulit Limau

  • Siapa jangka kulit buah limau mengandungi khasiat besar untuk memutihkan gigi. Gunakan kulit limau untuk yang masih segar bagi memutihkan gigi secara semulajadi. Penggunaan secara harian juga dapat menyihatkan gusi. Mudah sahaja bukan?
  • i. Ambil kulit limau yang masih segar secukupnya
  • ii. Ambil bahagian putih (korek hingga habis)
  • iii. Letakkan pada berus gigi, gosok gigi sehingga bersih
  • iv. Kumur dengan menggunakan air panas sehingga bersih

4. Buah Strawberi

  • Buah ini bukan sahaja enak dimakan tetapi juga kaya khasiat dengan vitamin. Selain strawberi, anda juga boleh menggunakan epal, lobak dan seleri bagi memutihkan gigi.
  • Tidak memerlukan ramuan khusus bagi memutihkan gigi, anda hanya perlu mengambilnya secara rutin setiap hari. Untuk hasil yang mantap, kunyah buah strawberi dengan kadar yang lama serta ratakan ke seluruh bahagian gigi.

5. Menggunakan Lemon dan Garam

  • Sama seperti arang, garam juga menghakis lapisan gigi. Oleh itu, garam sangat berkesan untuk digunakan bagi memutihkan gigi secara semulajadi. Namun seperti arang, elakkan daripada menggunakan garam secara berlebihan kerana akan menyebabkan kerosakan gigi.

Cara-caranya:

  • i. Campurkan garam serta air perahan lemon hingga membentuk pes.
  • ii. Gunakannya sebagaimana ubat gigi
  • iii. Kumur dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

6. Menggunakan Baking Soda

  • Baking soda adalah bahan penting dalam pembuatan roti/ kek. Sifat ‘abrasive’ Baking Soda dapat membuang kotoran-kotoran kecil pada gigi.

Cara- caranya :

  • i. Campurkan Baking Soda serta air hingga membentuk pes.
  • ii. Ratakan pada seluruh permukaan gigi. Biarkan selama 15 minit.
  • iii. Gosok gigi sebagaimana biasa.
Nota kaki : Baking Soda mempunyai risiko yang tinggi untuk merosakkan gigi anda sekiranya digunakan secara berlebihan. Hentikan memakai Baking Soda setelah gigi anda putih.

7. Menggunakan Biji Buah Pinang

  • Dengan menggunakan Biji Buah Pinang mampu menguatkan gigi. Tambahan pula, biji buah pinang juga dapat menjaga kesihatan gigi serta mulut.

Cara- caranya :

  • i. Bakar biji buah pinang sampai hangus
  • ii. Kisar sampai halus dan campurkan dengan air suam
  • iii. Gosok gigi menggunakan kapas
  • iv. Kumur dengan menggunakan air suam sampai bersih

8. Berhenti Merokok

  • Rokok mengandungi tar dan campuran tembakau yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Jika anda bersungguh-sungguh ingin memutihkan gigi serta merta, hentikan tabiat merokok. Selain boleh memutihkan gigi, badan anda juga akan menjadi lebih sihat jika anda berhenti merokok.

9. Menggunakan Produk Tenusu

  • Susu kaya dengan Kalsium yang amat baik untuk kesihatan gigi anda. Produk tenusu seperti yogurt, keju, aiskrim mempunyai kalsium yang tinggi yang baik untuk gigi. Bukan sahaja memutihkan gigi, malahan kalsium dapat menguatkan gigi anda!

10. Rajin Memberus Gigi

Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W telah bersabda :

‘Kalau tidaklah menyusahkan umatku ,akan aku suruh mereka bersugi pada setiap  waktu semasa berwuduk’ (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad S.A.W juga sangat mementingkan kesihatan gigi. Berusahalah untuk mencuci gigi sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari dalam tempoh masa 3 minit. Tambahan lagi pastikan teknik memberus gigi anda betul, gunakan berus gigi yang lembut agar tidak mencederakan gusi.

Semoga dengan artikel di atas dapat memberi maklumat kepada anda sedikit sebanyak mengenai cara memutihkan gigi dengan mudah. Semoga perkongsian diatas berguna. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda dipersilakan untuk mengemukakan sebarang persoalan di bawah. Terima kasih.

Waktu Operasi Bank Islam Di Malaysia

$
0
0
Bank Islam Malaysia Berhad. BIMB adalah salah sebuah bank yang terdapat di Malaysia. Mula beroperasi sejak dari Julai 1983, tujuan utama Bank Islam adalah bagi membantu keperluan kewangan untuk penduduk di Malaysia. Oleh demikian, kami akan ceritakan waktu operasi bank Islam di Malaysia.

Sekarang ini, Bank Islam bukan hanya menyediakan perkhidmatan perbankan tradisional malahan turut menyediakan servis perbankan atas talian dan juga perbankan mudah alih-i TAP.

Waktu Operasi Bank Islam Di Malaysia

Waktu Operasi Bank Islam Di Malaysia


Cawangan di negeri-negeri selain Kelantan dan Terengganu

Waktu Operasi:
  • Hari operasi : Isnin – Khamis
    Waktu operasi : 9.30 a.m – 4.30 p.m
  • Hari operasi : Jumaat
    Waktu operasi : 9.30 a.m – 12.30 p.m dan 2.30 p.m – 4.30 p.m

Cawangan di Negeri Kelantan dan Terengganu

  • Hari Operasi: Ahad – Khamis
    Waktu operasi : 9.30 a.m – 4.30 p.m

Waktu Operasi Perbankan Internet Bank Islam (ONLINE)

Perbankan Internet Bank Islam beroperasi 24 jam sehari. Walaubagaimanapun, penyelengaraan bakal dilakukan secara harian pada pukul jam 12.00 a.m – 12.30 a.m.

Waktu operasi untuk pindaan wang:
  • Proses Pindahan Wang Intrabank (IFT) : 24 Jam
  • Proses Pindahan Wang Giro (IBG) : 18 Jam (6.00 a.m – 12.00 a.m)
  • Proses Pindahan Wang Segera Intrabank (IBFT) : 24 Jam


Waktu Operasi Perbankan Mudah Alih-i TAP

Selain dari penambahbaikan versi perbankan sms, Bank Islam juga menyediakan perbankan mudah alih bagi terus memantaskan lagi pengurusan tanpa memerlukan internet. Kali ini, Perbankan Mudah Alih-i TAP memakai cip berteknologi tinggi yang dapat berfungsi untuk kesemua telefon mudah alih anda. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Waktu operasi bagi pindaan wang:

Proses Pindah Wang Intrabank (IFT) : 23 Jam

Proses Pindaan Wang Giro (IBG) : 18 Jam (6.00 a.m – 12.00 a.m)

Proses Pindaan Wang Segera Intrabank (IBFT) : 18 Jam (6.00 a.m – 12.00 a.m)

Semoga dengan perkongsian Waktu Operasi Bank Islam ini dapat membantu meringankan beban anda dalam berurusan berkenaan dengan Bank Islam. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, silalah komen di bawah. Terima kasih.

Waktu Operasi CIMB Di Malaysia

$
0
0
Waktu Operasi CIMB Di Malaysia. Bank CIMB merupakan antara bank yang terkemuka di Malaysia. Tetapi ramai yang masih lagi kurang jelas dengan waktu operasi CIMB di Malaysia. Keadaan ini akan mengakibatkan ramai antara kita mungkin mengalami kesukaran untuk membuat transaksi kewangan. Pelanggan sering tertanya-tanya bilakah waktu operasi bank ini? Hari Sabtu minggu keberapa ianya tutup? CIMB buka ke hari ahad? Jadi disini kami akan kongsikan kepada anda.

TAHUKAH ANDA?

Untuk pengetahuan anda Bank CIMB merupakan hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce serta Southern Bank dengan CIMB, bank pelaburan yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia. Ini menyebabkan penciptaan bank sejagat yang pertama di Malaysia.

Baca juga bagaimana untuk mendaftar CIMB Clicks untuk menggunakan perbankin CIMB secara online. Klik disini untuk baca.

Waktu Operasi CIMB Di Malaysia

Waktu Operasi CIMB Di Malaysia

  • Hari Operasi : ISNIN – KHAMIS
    Waktu Operasi 9.15 pagi hingga 4.30 petang
  • Hari Operasi : JUMAAT
    Waktu Operasi : 9.15 pagi hingga 4.00 petang
    (Termasuk negeri yang bercuti pada Jumaat seperti Johor,Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • SABTU & AHAD
    Cawangan tertentu sahaja seperti CIMB KLCC,Bukit Bintang, KLIA,Quensbay (Pulau Pinang)
  • WAKTU REHAT : 12.00 tengahari – 1.00 petang

Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN

$
0
0
Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN. Para Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memiliki tunggakan bayaran balik pinjaman bakal disenarai hitamkan. Salah satu akibatnya adalah individu yang diblacklist PTPTN tidak akan dapat memperbaharui pasport serta dihalang untuk ke luar negara.

Bagi menyemak status samada anda disenarai hitam ataupun tidak, anda boleh melakukan semakan, secara percuma sahaja.

semakan senarai hitam PTPTN

Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN

Semakan status senarai hitam PTPTN boleh dibuat secara dalam talian atau melalui saluran-saluran berikut :

Jika mana-mana peminjam disenarai hitam oleh imigresen, kemungkinan besar peminjam juga akan mendapat rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Bagi membersihkan nama daripada senarai hitam serta memperbaiki rekod buruk CCRIS, peminjam mestilah menjelaskan kesemua hutang pinjaman atau kesemua tunggakan. Jikalau tidak mampu, peminjam boleh berunding semula dengan PTPTN bagi menstruktur semula kaedah pembayaran pinjaman atau cara-cara lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Semoga dengan perkongsian semakan senarai hitam PTPTN ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada kepada para peminjam.

Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online

$
0
0
Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online. Anda bakal disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen disebabkan pelbagai kesalahan. Seseorang yang disenarai hitamkan tidak boleh membuat atau memperbaharui pasport dan akan dihalang untuk ke luar negara.

Sekiranya anda merancang ke luar negara, jangan ambil mudah, selok-eloknya anda semak dahulu sama ada anda disenarai hitamkan oleh Imigresen ataupun tidak.

semakan senarai hitam imigresen

Cara Menyemak Status Senarai Hitam Imigresen Online

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membina laman portal di mana warganegara Malaysia dapat menyemak status kawalan Imigresen mereka secara dalam talian sahaja.

Untuk melakukan semakan mengenai status anda, sila ikuti cara-cara di bawah:
  • Layari laman portal aplikasi Semakan Status Kawalan Imigresen pada alamat dibawah:
    http://sspi2.imi.gov.my/
  • Masukkan nombor IC kemudian tekan butang "Semak".
  • Keputusan status yang anda mahu adalah "Tiada Halangan" dan begitulah sebaliknya.

Sekiranya anda disenarai hitam, anda perlu menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000 untuk mengetahui lebih lanjut tentang agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam terhadap anda, sebab anda disenarai hitam dan untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk membersihkan nama anda daripada senarai hitam.

Punca Individu Disenarai Hitam

Antara sebab-sebab seseorang individu tersebut disenarai hitam (dan dilarang ke luar negara) adalah kebangkrapan, tidak membayar cukai pendapatan, menetap melebihi tempoh waktu yang ditetapkan di luar negara, kegagalan melunaskan bayaran levi pekerja warga asing, kegagalan melunaskan pinjaman PTPTN, pernah terlibat dalam jenayah mahupun kes-kes yang melibatkan jenayah.

Agensi Yang Menyenarai Hitam

Ada 13 agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan yang menghantar senarai nama blacklist kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tindakan sekatan untuk ke luar negara.

Antaranya ialah Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mahkamah dan Jabatan Penjara. Jabatan Imigresen Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga dengan perkongsian maklumat semakan senarai hitam Imigresen ini dapat menolong anda melancarkan perancangan anda untuk ke luar negara. Lunaskan hutang anda sekiranya terdapat hutang. Terima kasih.

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Terkini

$
0
0
Senarai Yang Di-Pertuan Agong Terkini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong bergilir setiap lima tahun dari kalangan sembilan raja-raja Melayu dari negeri-negeri beraja (iaitu Perak, Kelantan, Terengganu Negeri Pahang, Perlis, Sembilan, Selangor, Kedah, dan Johor). Pemilihan dibuat  oleh Majlis Raja-Raja Malaysia.

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Terkini

Dibawah ini adalah senarai nama Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehingga yang sekarang :
No.Nama Yang di-Pertuan AgongNegeriTempoh Pemerintahan
Pertama
(1)
Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadNegeri Sembilan Darul Khusus31.08.1957 hingga 01.04.1960
Kedua
(ke-2)
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman ShahSelangor Darul Ehsan14.04.1960 hingga 01.09.1960
Ketiga
(ke-3)
Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailPerlis Darul Sunnah21.09.1960 hingga 20.09.1965
Keempat
(ke-4)
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal AbidinTerengganu Darul Iman21.09.1965 hingga 20.09.1970
Kelima
(ke-5)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah Darul Aman
21.09.1970
hingga 20.09.1975
Keenam
(ke-6)
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan IbrahimKelantan Darul Naim21.09.1975 hingga 29.03.1979
Ketujuh
(ke-7)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam ShahPahang Darul Makmur26.04.1979 hingga 25.04.1984
Kelapan
(ke-8)
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan IsmailJohor Darul Takzim26.04.1984 hingga 25.04.1989
Kesembilan
(ke-9)
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lahPerak Darul Ridzuan26.04.1989 hingga 25.04.1994
Kesepuluh
(ke-10)
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanNegeri Sembilan Darul Khusus26.04.1994 hingga 25.04.1999
Kesebelas
(ke-11)
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlhajSelangor Darul Ehsan26.04.1999 hingga 21.11.2001
Kedua belas
(ke-12)
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra JamalullailPerlis Darul Sunnah13.12.2001 hingga 12.12.2006
Ketiga belas
(ke-13)
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahTerengganu Darul Iman13.12.2006 hingga 12.12.2011
Keempat belas
(ke-14)
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahKedah Darul Aman13.12.2011 hingga 12.12.2016
Kelima belas
(ke-15)
Sultan Muhammad VKelantan Darul Naim13.12.2016 hingga sekarang

senarai yang dipertuan agong malaysia

Sila klik DISINI untuk melihat gambar lebih besar dan jelas

Semoga senarai nama Yang di-Pertuan Agong ini bermannfaat untuk rujukan para pembaca dan menambah kecintaan kita kepada negara Malaysia.

Sumber dipetik daripada Laman web Majlis Raja-Raja dan Bernama.

Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal

$
0
0
Punca dan sebab kenapa permohonan BR1M ditolak. Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 sudah dibuka bermula 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Bagi yang layak serta baru sahaja memohon, tolong pastikan segala maklumat diisi dengan betul bagi mengelakkan dari permohonan ditolak atau gagal.
Sebab permohonan BR1M gagal

Punca Permohonan BR1M Gagal

Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa permohonan BR1M anda tidak berjaya walaupuan anda sebenarnya layak mendapat BR1M:

Baca juga :

1. Permohonan tidak dikemaskini

  • Tidak membuat kemaskini akan permohonan BR1M untuk tempoh tiga tahun ke atas (2014). Penerima BRIM perlu mengemaskini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiaga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.

2. Maklumat peribadi

  • Maklumat peribadi yang dimasukkan tidak tepat sebagaimana nama dan nombor kad pengenalan.

3. Dokumen peribadi

  • Tidak menghantar dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, pengesahan penceraian serta penyata gaji.

4. Maklumat pasangan

  • Tiada maklumat pasangan buat pemohon yang telahpun berkahwin.

5. Tanggungan

  • Maklumat tanggungan yang tidak tepat atau benar.

6. Jumlah permohonan

  • Membuat permohonan melebihi dari satu kali (suami dan isteri melakukan permohonan secara berasingan).
Semoga dengan perkongsian tentang kesilapan-kesilapan dalam permohonan serta pengemaskinian BRIM dapat menghalang pemohon-pemohon BR1M 2017 dari mengulangi kesilapan yang sama setiap kali. Terima kasih.

Klik link biru dibawah untuk melihat Tarikh pembayaran BR1M 2017 yang sudah semakin hampir.

Cara Reset Password E Penyata Gaji

$
0
0
Cara Reset Password E Penyata Gaji? E-Penyata Gaji adalah sistem akses untuk penyata gaji secara dalam talian bagi Kakitangan Kerajaan peringkat Perseketuan seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau pun Kementerian sewaktu dengannya.

Anda tidak perlu risau sekiranya terlupa kata laluan ataupun password untuk mengakses E Penyata Gaji anda. Dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana untuk selesaikan masalah ini.

Cara Reset Password E Penyata Gaji

Jika anda tidak ingat kata laluan sistem E-Penyata Gaji :
  • Sila pergi pada skrin Daftar
  • Kemudian klik pada “Lupa Kata Laluan”.
  • Sewaktu setelah mengaksesnya, anda akan disuruh untuk membuat pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada pertama kali pendaftaran dibuat.
Sekiranya soalan serta jawapan anda adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan diberitahu kepada anda untuk membolehkan anda akses semula ke dalam sistem.

Sekiranya anda terlupa jawapan :
  • Sila pergi & klik “Daftar Semula” untuk membuat pendaftaran yang baru
  • Jikalau No. Gaji dan No IC anda masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran yang baru akan berjaya dilakukan untuk membolehkan anda akses semula ke sistem E-Penyata.

Klik Disini --> Cara Semak E-Penyata Gaji Online

Semoga dengan perkongsian panduan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password E Penyata Gaji ini dapat menolong kakitangan kerajaan yang terlupa akan kata laluan mereka, Sebarang pertanyaan bolehla komen di bawah ini. Terima kasih.
Viewing all 168 articles
Browse latest View live