Pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada Selasa lalu selepas dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti payung terjun.
Jung In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young melakukan aktiviti skydiving pada 13 Jun lalu di daerah Goheung yang terletak di wilayah Selatan Jeolla, Korea.
Selepas memulakan penerbangan, tidak lama kemudian dia disedari hilang dan misi mencari serta menyelamat segera dilakukan.
Mayat Jung In Ah ditemui bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran. Laporan juga menyebut mayat pelakon itu ditemu dalam keadaan hancur.
Jung In Ah didakwa berkemungkinan menghadapi kesulitan dan tidak dapat melakukan pendaratan dengan sempurna. Selain faktor cuaca buruk, kemungkinan besar payung terjunnya tidak mengembang dengan sempurna.