Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016-2018

$
0
0
Jersi Baru Harimau Malaysia 2016-2018. Cantik kan design jersi baru Nike Harimau Malaysia? Selepas perasmian logo baharu pada September 2016 kini giliran jersi baru Harimau Malaysia pula dilancarkan. Majlis pelancaran jersi skuad bolasepak kebangsaan telah diadakan bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada 15 November 2016. Jersi baharu ini  akan dipakai pada Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2016 bermula Ahad ini. Pelancaran jersi Harimau Malaysia juga bersempena dengan kerjasama 10 tahun Nike dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


jersi harimau malaysia

Jersi Baharu Harimau Malaysia 2016-2018

Dibawah adalah gambar jersi baru Harimau Malaysia beserta dengan pembaharuan dan kelainan yang terdapat daripada jersi sebelumnya. Berikut dikongsikan maklumat jersi beserta gambar-gambar menarik yang dapat diambil daripada Laman Web Harimau Malaysia.

  • Jersi Harimau Malaysia bagi tahun 2016-2018
  • Memakai Logo FAM dan bukannya bendera negara Malaysia
  • Warna Jersi 'HOME' dengan warna utama hitam menggantikan warna kuning pada jersi sebelumnya.
  • Jersi 'AWAY' dengan warna utama iaitu putih
  • Harga adalah sekitar RM289.00. dijual bermula hari Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara.

Gambar Jersi Baru Nike Skuad Bolasepak Kebangsaan

Dibawah adalah gambar-gambar jersi baru Harimau Malaysia yang menarik dan sedikit kelainan dari jersi sebelum ini.

jersi harimau malaysia 1

jersi harimau malaysia 2

Semoga dengan perasmian jersi baharu Harimau Malaysia ini mampu menaikkan semangat pemain-pemain kebangsaan dalam menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 nanti. Semoga skuad bolasepak kebangsaan akan terus berjaya. Gambar kredit : FB Harimau Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 168