Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort

$
0
0
Senarai Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort. Mesti ramai nak tahu berapa harga tiket masuk kan? Bangi Wonderland adalah sebuah taman tema air & tempat tarikan terbaru di Semenyih dan Bangi pasti menjadi tumpuan sempena cuti umum mahupun cuti persekolahan. Bangi Wonderland Theme Park & Resort sudah dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 yang lalu dan dibina dengan keluasan 12 ekar berdekatan dengan Bandar Seri Putra, Bangi. Taman tema ini menyediakan sebanyak 16 jenis permainan berasaskan air kepada pengunjung yang pastinya menarik dan menyeronokkan.

harga tiket Bangi Wonderland

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort

Dibawah dikongsikan senarai Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort buat rujukan semua yang yang merancang untuk ke sini. Antara tarikan-tarikan yang menarik di sini adalah Kid’s Adventure, Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang serta Wonder Loop.

Waktu Operasi

Taman Tema Bangi Wonderland akan beroperasi seperti berikut :-
  1. Hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 10:00 pagi sehingga 6.00 petang
  2. Hari Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Cuti Umum : 10.00 pagi sehingga 6.00 petang
  3. TUTUP pada setiap hari SELASA kecuali semasa cuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah Singapura.

Harga Tiket Masuk

Dibawah ini adalah senarai harga tiket untuk bayaran masuk ke Bangi Wonderland berdasarkan kepada beberapa kategori :-
  1. Kategori Dewasa : RM58
  2. Kategori Kanak-Kanak berketinggian di bawah 130 sentimeter : RM48
  3. Kategori Kanak-kanak berketinggian di bawah 90 sentimeter : PERCUMA
  4. Kategori Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas : Diskaun sebanyak 50 %.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi dan lain-lain pertanyaan, sila layari Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort.

Semoga maklumat Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park Dan Resort ini boleh dijadikan rujukan untuk merancang percutian family anda pada cuti sekolah yang akan datang. Selamat bercuti dari kami :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Trending Articles