Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

$
0
0
Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Sudahkah anda membuat pembayaran hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah 1 kemudahan pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Sekarang, sudah ada cara mudah dan pantas bagi peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dengan pantas dan tepat dengan melakukan semakan PTPTN secara online mahupun SMS. Adalah dinasihatkan agar semua pelajar dapat membuat bayaran pinjaman berdasarkan jadual bagi mengelakkan anda disenaraikan di CCRIS.
semak baki ptptn

Cara Semak Baki PTPTN

Dibawah dikongsikan langkah-langkah untuk melakukan semakan baki bagi memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran balik mengikut jadual untuk membolehkan pelajar lain yang lemah kewangan dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Semak Baki PTPTN Secara Online

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • 2. Hantarkan SMS ke 15888

Pemberitahuan kepada peminjam, anda boleh dapatkan no pin / no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau contact melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dilakukan akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS. 

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Dalam Bajet 2017

Berita gembira kepada peminjam PTPTN seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Okt 2016 lalu. Kerajaan telah bersetuju untuk beri insentif diskaun berkuat kuasa bermula 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017. Ianya bertujuan menggalakkan peminjam supaya membuat bayaran balik.
  1. Insentif : Diskaun sebanyak 15 %  atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  2. Diskaun sebanyak 10 % untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 % daripada baki hutang untuk sekali bayaran.
  3. Diskaun sebanyak 10 % untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan

Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain dari perkhidmatan di atas, PTPTN juga menyediakan perkhidmatan semakan seperti di bawah :-
Untuk menyemak, sila lihat infografik di bawah ini.

semak ptptn

Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Trending Articles