Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Malaysia cadang bina loji nuklear pada tahun 2029

$
0
0
Bagi mengatasi masalah penggunaan tenaga yang semakin meningkat, Malaysia bercadang untuk membina loji nuklear seawal-awalnya pada tahun 2029.

Proses pembinaan loji nuklear tersebut bakal mengambil masa kira-kira tujuh setengah tahun dan perlu melalui berapa prosedur termasuk kelulusan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kawal Selia Tenaga Atom dan kelulusan Parlimen.

Rang Undang-Undang Kawal Selia Tenaga Atom memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penggunaan tenaga nuklear selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Permohonan program SKM Sijil Kemahiran Malaysia ambilan Julai/Ogos 2015 Kolej Vokasional

$
0
0
Permohonan program Sijil Kemahiran Malaysia SKM ambilan Julai/Ogos 2015 Kolej Vokasional.

Pelajar lepasan PT3 tahun 2014 dipelawa untuk mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia ambilan Julai/Ogos 2015 di Kolej Vokasional.

Sila klik link untuk senarai Kolej Vokasional, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

  • Kursus yang ditawarkan tertakluk kepada pindaan di Kolej Vokasional berkaitan.
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kolej Vokasional berkaitan.
  • Tarikh kemasukan dan kekosongan tempat bergantung kepada Kolej Vokasional berkaitan.

Ringgit Malaysia semakin jatuh berbanding US Dollar

$
0
0

Nilai Ringgit Malaysia semakin jatuh kepada 3.8760/8790 berbanding dolar AS daripada 3.8520/550 pada Selasa.

Ringgit turun 0.6% kepada 3.8780 berbanding dolar, paras paling lemah sejak 2 September, 1998, sehari sebelum mata wang itu ditambatkan pada 3.80.

Nilai matawang Malaysia ini pernah diikat pada nilai RM 3.80 bersamaan dengan satu dolar Amerika Syarikat pada tahun 1998 semasa berlakunya krisis kewangan yang melanda Asia dan ianya kekal sehingga tahun 2005.

http://www.bnm.gov.my/?tpl=exchangerates
http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asia-pacific

Serpihan pesawat sah milik MH370

$
0
0
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu adalah milik MH370.

Perdana Menteri menyatakan bahawa siasatan pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya dan misi mecari.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/72700


Rokok vapor dikhuatiri penyebab kanser

$
0
0
Tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik (vape) menjadi punca penggunanya menghidap penyakit maut iaitu kanser.

Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin menyatakan bahawa wap cecair nikotin (vapor) mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Asid tersebut merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia.

Walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri hasil resapannya ke dalam darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.

Sumber: http://www.kosmo.com.my

Punca kebakaran hutan di Indonesia

$
0
0
Fenomena cuaca El Nino, yang menyebabkan hampir seluruh wilayah kepulauan Indonesia dilanda kemarau, bukanlah punca kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Menurut laporan sebuah institut penyelidikan iaitu Center for International Forestry Research (CIFOR), manusia merupakan faktor utama yang menyebabkan lebih dari 90 peratus kebakaran kawasan hutan.

“Kebakaran hutan adalah kejahatan terorganisasi karena lebih dari sembilan puluh persen disebabkan manusia atau sengaja dibakar. Tujuannya membuka lahan perkebunan,” kata  Profesor Dr Ir Herry Purnomo.

Kajian yang dijalankan oleh CIFOR juga mendapati, kenaikan harga tanah sekitar RM 890 sehektar setelah hutan dibakar.

Sebelum terbakar, harga tanah sekitar RM 2400 sehektar, dan setelah di bakar meningkat menjadi RM 3300 sehektar.

Setelah ditanam dengan kelapa sawit, harganya akan lebih meningkat kepada RM 15000 dan mampu mencecah RM 30000 sehektar.

Sumber: http://www.rappler.com/indonesia/104764-kebakaran-hutan-indonesia-cifor

SAPS | Semakan keputusan peperiksaan dan ujian online

$
0
0
Semakan keputusan peperiksaan dan ujian online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.


Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Semakan keputusan peperiksaan secara online

Ibu bapa dan guru boleh membuat semakan markah dan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, percubaan UPSR, PT3 dan SPM.

Semakan keputusan ujian secara online

Sekolah rendah / Sekolah kebangsaan / SJKC / SJKT
Tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6

Sekolah menengah
Tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5

Semakan online guru dan guru kelas Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 
Semakan Online Ibu Bapa Semakan Online SAPS Ibubapa 
Download Slip keputusan peperiksaan online SAPS 

Krisis jerebu di Malaysia dijangka bertambah buruk

$
0
0

Krisis je­rebu yang melanda Malaysia dijangka bertambah buruk sehingga November ini berikutan pembakaran terbuka yang masih berlaku di Sumatera, Indonesia.

Masalah jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini me­nunjukkan peningkatan mendadak apabila 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam.

Menurut makluman Ketua Pengarah­ Jabatan Meteorologi, Datuk Che Ga­yah Ismail, negara hanya akan bebas daripada masalah je­rebu rentas sempadan apabila tiada lagi ribut tropika di rantau ini.
Ribut tersebut mempengaruhi corak tiupan angin dan menyebabkan cuaca menjadi kering dan menyebabkan negara mengalami masalah jerebu.

Angin Monsun Timur Laut diramalkan tiba pada bulan depan dan itu akan membantu mengurangkan jerebu dan masalah tersebut juga dijangka berakhir.

Sumber: UTUSAN

Semakan keputusan rayuan ke IPTA /Politeknik 2015 secara online dan SMS

$
0
0
Semakan keputusan rayuan permohonan kemasukan ke  IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam dan Politeknik bagi program lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM boleh disemak bermula;

12 Jun 2015 bermula pukul 12:00 tengah hari.

Semakan secara online keputusan keputusan rayuan ke IPTA dan Politeknik 2015

http://upu.moe.gov.my
https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my  
http://.jpt.edu.my

Semakan secara SMS keputusan rayuan ke IPTA dan Politeknik 2015

Khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip;
UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

Calon juga boleh membuat semakan keputusan rayuan ke IPTA/Politeknik Premier dengan menghubungi

Hotline 03-8870 6767
Helpline 03-8870 6777
Talian am 03-8870 6755 

Myra Baby Shop Simpang Renggam, Kluang Johor

$
0
0

Myra Baby Shop kini telah dibuka di Pusat Perdagangan Setia Simpang Renggam. Lokasi adalah berdekatan dengan SMK SIMPANG RENGGAM dan hanya 3km daripada susur keluar lebuh raya Simpang Renggam.

Dapatkan barangan baby anda dengan harga yang murah dan berpatutan. Semua baragan keperluan asas seperti susu, lampin, pakaian, mandian dan jugak permainan baby ada di sini.

Mari datang beramai-ramai ke Myra Baby Shop untuk mendapatkan kelengkapan baby anda dengan harga yang sangat berpatutan dan jugak tiada ada GST dikenakan.

Waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Alamat: No 11 Jalan Setia 1, Pusat Perdagangan Setia Simpang Renggam, Kluang Johor.
Facebook: https://www.facebook.com/MYRA-BABY-SHOP-529053370603849/

Hak mempertahankan diri bukan sampai membunuh - KPN

$
0
0
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa hak dan had orang awam mempertahankan diri ketika berdepan dengan kes jenayah, bukan sesuatu yang mutlak sehingga ke tahap membunuh penjenayah sewenang-wenangnya.

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas isu Zulkifli Ismail, 50, dari Terengganu, yang ditahan reman berhubung dakwaan membunuh perompak yang cuba masuk ke rumahnya.

Orang ramai perlu memahami hak dan had itu seperti termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan sahaja untuk orang awam malah juga anggota polis sendiri.

Seksyen 99 (4) akta sama pula menjelaskan yang hak pertahanan persendirian tidak sekali-kali termasuk menggunakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/had-pertahan-diri-bukan-sampai-membunuh-1.467583

Nur Amirah dan teman lelaki didakwa di mahkamah

$
0
0

Nur Amirah Abdul Majid, 14, remaja perempuan yang sebelum ini telah menggemparkan rakyat Malaysia dengan mendakwa dirinya telah diculik sebelum ditemui polis di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting bakal didakwa bersama dengan teman lelakinya di Mahkamah Majisret di sini hari ini.

Remaja perempuan itu akan didakwa di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan maklumat palsu, manakala teman lelaki beliau yang berusia 19 tahun itu pula akan didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Seorang lagi suspek yang berusia 45 tahun yang didakwa bersubahat memberi perlindungan kepada Nur Amirah sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak polis semalam tetapi akan dipanggil semula untuk menjadi saksi pendakwaan.

Sumber: http://www.kosmo.com.my

PKNS sasar bina 30000 rumah mampu milik di Selangor

$
0
0
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan membina 30,000 unit rumah mampu milik dalam usaha membuka peluang kepada golongan muda memiliki rumah kediaman sendiri menjelang 2030.

Projek mampu milik yang dimulakan melalui program Rumah Selangorku itu dimulakan sejak tiga tahun lalu dan proses pembangunannya masih lagi di peringkat awal dengan pembinaan 4,000 unit yang dikawal selia Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Jenis pembangunan bergantung kepada lokasi dan kawasan, namun ia ditawarkan dengan harga di bawah RM250,000 seunit.

Model rumah ini adalah inisiatif murni bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik dan golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Facebook perkenalkan Lifestage untuk golongan remaja

$
0
0
Facebook kini menyasarkan golongan remaja yang gemarkan klip video dan Snapchat dengan memperkenalkan sebuah aplikasi bernama Lifestage yang membolehkan remaja menonton rakaman kehidupan rakan sebaya mereka.

Aplikasi Lifestage ini boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar iPhone, namun pengguna mestilah berumur 21 tahun dan ke bawah sebelum dapat melihat profil pengguna lain.

Menerusi Lifestage, pengguna boleh membuat klip video tentang kesukaan mereka, perkara yang dibenci, gaya ta–rian dan aspek watak mereka yang lain.

Semua klip video itu digabungkan sebagai profil mereka dan boleh ditonton oleh pengguna Lifestage yang lain. Aplikasi itu juga mempunyai butang untuk pengguna menyekat dan membuat aduan tentang kehadiran orang yang lebih tua.

Lifestage diperkenalkan untuk bersaing dengan Snapchat, aplikasi mesej yang popular dalam kalangan remaja untuk berkongsi gambar dan klip video.

Lifestage juga dilihat oleh sebahagian penganalisis sebagai usaha Facebook untuk kekal popular dalam kalangan pengguna muda internet yang kurang berminat dengan laman sosial utama tersebut.

Program MyLesen dilanjutkan sehingga Disember 2016

$
0
0
Program MyLesen fasa kedua akan dilanjutkan sehingga 31 Disember bagi membolehkan lebih ramai pelajar sekolah berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen memandu yang sah.

Bayaran bagi program MyLesen hanya RM299 termasuk GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang perlu dibayar terus kepada pihak institut memandu manakala proses latihan dan ujian hendaklah dilaksanakan di institut memandu mengikut prosedur sedia ada.

Program  MyLesen ini dilaksanakan kepada pelajar sekolah bagi menggalakkan mereka mendapat lesen memandu dan memberi pendidikan serta pendedahan berhubung kepentingan keselamatan jalan raya.

Untuk pendaftaran program MyLesen, sila klik untuk download borang pendaftaran dan syarat-syarat permohonan.

Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2016

$
0
0
Senarai pelepasan cukai LHDN 2016 ok? Berikut ialah beberapa senarai pelepasan cukai oleh LHDN bagi tahun ini 2016.


Tinggal baki beberapa minggu sahaja lagi bagi semua rakyat malaysia mengemaskini dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Semua rakyat malaysia yang wajib membayar cukai di Malaysia, perlu mengemaskini senarai pembelanjaan mereka sepanjang tahun untuk dikira dan ditolak sebelum pembayaran cukai. Pihak LHDN menyediakan beberapa pelepasan dan rebat cukai bagi tahun 2016 ini.

Berikut ialah senarai rebat pelepasan cukai 2016 yang layak dituntut oleh pembayar cukai di Malaysia dan senarai pelepasan-pelepasan cukai yang diberikan oleh pihak LHDN.


Sila klik untuk zoom gambar detail pelepasan cukai bagi tahun 2016. Pastikan mereka yang berwajib membuat pembayaran cukai dengan kadar segera sebelum anda didenda. 

Jika anda ada sebarang nasihat mengenai cara untuk mengurangkan lagi pembayaran cukai, sila komen di bawah. Terima Kasih atas perkongsian.

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2017

$
0
0
Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2017. Adakah anda layak membuat permohonan BR1M bagi tahun 2017? 

Pasti ramai pemohon bantuan yang ingin mengetahui syarat kelayakan BR1M 2017 untuk permohonan baru. Dibawah dinyatakan syarat-syarat untuk memohon BR1M meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan usia.

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran untuk permohonan BR1M 2017 dan kemaskini BR1M telahpun dibuka bermula 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Tarikh pembayaran yang pertama adalah pada pertengahan bulan Februari 2017. Para pemohon disarankan agar membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan permohonan gagal atau ditolak.



Syarat-syarat Kelayakan untuk memohon BR1M bagi tahun 2017


Berikut dinyatakan senarai syarat-syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2017 yang ambil dari Laman Sesawang Rasmi e-BR1M. Pemohon yang layak untuk memohon BR1m 2017 dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti dibawah :-
  • Seorang Warganegara Malaysia yang tinggal di negara Malaysia sahaja. 
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang menetap serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. 
  • Warga tua (emas) yang hidup sebatang kara (beusia 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah. 
  • Bujang yang berusia 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. 
  • Pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar tidak layak untuk memohon. 

Salinan Dokumen


Dokumen yang perlu dihantar sekali bersama Borang BR1M 2017 adalah meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-

  1. Dokumen Pengenalan Diri (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir).
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan untuk pemohon yang berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
  3. Sijil perceraian atau sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (untuk kategori bujang yang mempunyai tanggungan) 

Untuk mengetahui tentang informasi lanjut yang berkaitan dengan soalan lazim bagi permohonan BR1M 2017, anda dialu-alukan supaya merujuk kepada FAQ Permohonan ini.

Selamat memohon dan menuntut hak anda untuk BR1M 2017 bagi sesiapa yang layak. Semoga permohonan anda semua berjaya diluluskan, Sila sebarkan artikel ini bagi membantu rakan-rakan yang lain yang kurang bernasib baik.

Semakan Online PLKN 2017 (Official)

$
0
0
Semakan senarai nama peserta dan penempatan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) terkini yang terpilih secara Online dan SMS.

semakan plkn


Adakah anda seorang yang lahir pada tahun 1999? Jika ya, anda boleh membuat semakan bagi kemasukan PLKN tahun hadapan. Sila pastikan samada nama anda terpilih atau tidak sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2017.

Sekarang terdapat sejumlah 81 kem penempatan KhidmatNegara di seluruh Malaysia. Anda boleh semak penempatan dan senarai calon PLKN 2017 dengan menggunakan 2 cara iaitu melalui online ataupun secara SMS.

Semakan PLKN 2017 Secara ONLINE (Di Bawah)


Anda boleh semak butiran tambahan seperti di bawah ini :

1. Anda hanya perlu melayari laman yang diberikan di bawah ini untuk menyemak sama ada anda terpilih atau tidak melalui portal rasmi mereka; http://www.khidmatnegara.gov.my

2. Kemudian; anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda. Anda sudah boleh terus menyemak sama ada anda terpilih atau tidak.

3. Untuk pengetahuan anda semua; tempoh latihan Khidmat Negara di kem penempatan yang telah ditetapkan akan bermula Mac 2017 hingga Mei 2017 selama tempoh 2 bulan melibatkan pelatih kumpulan 1 siri 14 tahun 2017


Semakan PLKN 2017 Melalui SMS


1. SEMAK CALON --> Taip PLKN SEMAK [No KP anda] dan hantarkan ke 15888
2. SEMAK KEM -->  Taip PLKN KEM [No KP anda] dan hantarkan ke 15888

Untuk maklumat anda semua, bagi servis perkidmatan SMS ini, setiap sms yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 manakala setiap sms yang diterima dikenakan RM0.20 ia adalah tertakluk kepada caj telco. Pastikan anda semak melalui online dan sms untuk memastikan anda layak atau tidak ke PLKN.

Jika anda diterima sebagai pelatih Khidmat Negara, anda akan menerima surat makluman yang mana akan dihantar ke alamat rumah anda sebagai rujukan dan tindakan lanjut.

Mereka yang terpilih turut dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang dihantar ke alamat rumah anda.

P/S : Mungkin anda telah terpilih untuk PLKN 2017? Sila kongsikan kepada kami tentang perasaan dan keterujaan anda sekarang.

Akhir kata, anda juga boleh menghubungi talian 03-40274747 untuk semakan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

$
0
0
Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Berdasarkan makluman SPA, semakan keputusan peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 boleh mula disemak pada hari Selasa hadapan iaitu 13 Disember 2016. Untuk makluman semua, peperiksaan online telah diadakan selama 1 jam 40 minit pada hari Isnin, 5 Disember 2016 bermula pukul 8 malam. Seramai 34,223 calon telah menduduki peperiksaan dan daripadanya 62 calon termasuk yang berada di luar negara.

Cara Membuat Semakan Keputusan Penolong Pegawai Tadbir Online

Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Dibawah dikongsikan cara-cara membuat semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang boleh lalukan secara online sahaja meliputi tarikh dan aplikasi semakan.

Tarikh Semakan dan Masa adalah pada : 13 Disember 2016 (Hari Selasa) bermula jam 5 petang
Aplikasi Semakan : Klik SPA PPT N29 (Link akan dikemaskini dari masa kesemasa).

Pengumuman rasmi SPA (sumber FB SPA) kepada calon yang mengambil peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 boleh dirujuk di bawah ini :-

keputusan rasmi penolong pegawai tadbir

Tanggungjawab PPT N29

Untuk pengetahuan anda, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ditugaskan untuk mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan juga Penguatkuasaan Undang-undang. Syarat-syarat kelayakan akademik untuk memohon mestilah mempunyai lepasan STPM, STAM dan Diploma.

Semoga calon yang mengambil peperiksaan ini lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yang dihadapi mereka baru-baru ini. Selamat berjaya.

Cara Buat Semakan Keputusan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Online

$
0
0
Cara Buat Semakan Keputusan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Online.  Pengumuman penting kepada calon yang telah mengambil peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Menerusi makluman FB SPA, keputusan peperiksaan online yang diadakan pada hari Selasa, 6 Disember 2016 pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari boleh disemak pada minggu hadapan. Tarikh untuk membuat semakan keputusan peperiksaan menerusi pengumuman rasmi dari Portal SPA adalah pada hari Selasa, 13 Disember 2016 jam 5 petang.

Cara Buat Semakan Keputusan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Online


Semakan Keputusan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Online

Peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 akan dijalankan secara online selama 2 jam 15 minit. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan nama layak menduduki dan semakan keputusan peperiksaan.

A. Semakan Peperiksaan Online




B. Semakan Keputusan Peperiksaan Online



Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Facebook SPA.

keputusan pegawai hal ehwal islam

Keputusan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Online ini diambil daripada FACEBOOK SPA 

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang telah menduduki peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41. Semoga anda semua berjaya mendapat keputusan yang bagus.
Viewing all 168 articles
Browse latest View live