7-Eleven kini menawarkan perkhidmatan pembayaran bil di permisnya di seluruh negara.
Perkhidmatan pembayaran bil itu merangkumi tiga penyedia utiliti utama iaitu U-Mobile, Astro dan Telekom Malaysia.
Selain pembayaran bil utiliti, sistem terminal MOL Reload yang dipertingkatkan, memudahkan pengguna menambah nilai prabayar telefon, Touch n Go dan pembayaran fizikal pembelian dalam talian menerusi MOL Pay.
Sistem pembayaran MOL di kedai 7-Eleven membolehkan pengguna tanpa perbankan dalam talian atau akses kepada kemudahan internet serta mereka yang tidak mempunyai atau tidak mahu menggunakan kad kredit atau debit boleh membeli produk atau perkhidmatan dengan hanya membuat pembayaran tunai di kedai 7-Eleven.