Produk mee Maggi ditarik balik di kebanyakan pasar raya di India selepas ujian makmal mendapati makanan segera tersebut mengandungi logam plumbum yang melebihi had dibenarkan.
Sekurang-kurangnya 10 negeri di India telah mengarahkan penarikan semula penjualan Maggi dan akan menjalankan ujian lanjut kepada sampel mi berkenaan sebelum mengambil tindakan terhadap Nestle India Ltd.
Jualan Maggi telah menjunam di negara itu sejak ujian makmal membuktikan mi tersebut mengandungi plumbum dan penambah rasa kimia monosodium glutamate atau MSG pada tahap yang lebih tinggi daripada had yang dibenarkan.
Kerajaan India juga memutuskan untuk memfailkan kes terhadap syarikat Nestle India Ltd. – AP