Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Jumlah Kenaikan Bayaran BR1M Tahun 2017

$
0
0
Jumlah Kenaikan Bayaran BR1M Tahun 2017. Khabar gembira kepada penerima BR1M. Melalui pengumuman Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 21 Okt 2016 yang lalu, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan ditingkatkan kepada semua kategori penerima. Peningkatan jumlah bantuan ialah dari RM50 sehingga RM200 termasuklah kategori e-kasih.

Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2017

Jumlah Pembayaran BR1M 2017

Jumlah bayaran BR1M bagi tahun 2017 setelah pembentangan Bajet 2017 akan ditingkatkan seperti berikut:

1. Kategori e-Kasih

  • Kategori yang dilancarkan pada tahun 2016 untuk penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1000 akan mendapat BR1M sebanyak RM1200 (Naik RM150 daripada sebelum ini berjumlah RM1050)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3000

  • Untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M dinaikkan dari RM1000 kepada RM1200 (Kenaikan sebanyak RM200);

3. Kategori Pendapatan RM3,000 sehingga RM4,000

  • Isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 sehingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan dari RM800 kepada RM900 (Kenaikan sebanyak RM100)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2000

  • Bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000/bulan bantuan dinaikkan dari RM400 kepada RM450 (Naik sebanyak RM50).

Secara ringkasnya, berikut adalah jadual jumlah pembayaran BR1M 2017 :-

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
1Kategori e-KasihRM1200



2Kategori Pendapatan Bawah RM3kRM1200



3Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4kRM900



4Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2kRM450

Semoga dengan peningkatan Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2017 ini, penerima dapat meringankan beban sedikit sebanyak dan menggunakannya dengan berhemah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Trending Articles


Kahwin Ganti


Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Cadangan bina jambatan konkrit elak ancaman bahaya murid SK Sungai Kapit


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu


Semakan Keputusan STPM 2016 Online Penggal 1


Shhh… I Love You


Kad bude bice - epizoda 2


Awek Melayu Tayang Body Mantap Untuk Lelaki Di Laman Sosial


(TAHNIAH)Jaclyn Victor Sudah Kahwini Shawn Rivera 17 Julai Lalu