Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Pasti ramai yang tertanya-tanya tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Berdasarkan rekod bayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibayar secara ansuran sebanyak 4 kali kecuali hanya sekali untuk kategori bujang. Namun bagi tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali seperti biasa kategori bujang.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Dibawah disenaraikan jadual/ tarikh bayaran BR1M 2017 yang akan diupdate dari masa kesemasa. Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dilakukan dari 5 Disember sehingga 31 Dis 2016.1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Bantuan Sebanyak RM1200
- Daftar Borang eKasih
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 ( Sebelum ini RM250 :28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (Sebelum ini RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (Sebelum ini RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (Sebelum ini RM250 : 28 September 2016)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3000 : Bantuan Sebanyak RM1,200
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (Sebelum ini RM250 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (Sebelum ini RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (Sebelum ini RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (Sebelum ini RM250 : 28 September 2016)
3. Kategori Pendapatan RM3,000 Hingga RM4,000 : Bantuan Sebanyak RM900
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 ( Sebelum iniRM200 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 ( Sebelum iniRM200 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (Sebelum ini RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (Sebelum ini RM200 : 28 September 2016)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000 : Bantuan Sebanyak RM450
- Februari 2017 : RM450 (Sebelum ini RM400 pada 28 Januari 2016)
Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017
* Akan dikemaskini1. Akaun Bank
- Dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang memasukkan nombor akaun bank ketika memohon.
2. Baucar BR1M
- Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
Hotline BR1M
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, sila hubungi:- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my.