Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

$
0
0
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Terdapat 135 buah sekolah berprestasi tinggi yang ada di seluruh Malaysia yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

Definasi Sekolah Berprestasi tinggi yang dimaksudnkan ialah sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyeluruh dalam semua sudut pendidikan.

Sekolah Hebat Berita Harian

Selain itu, sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi ini memiliki tradisi budaya kerja yang amat tinggi dan gemilang dengan modal insan nasional yang meningkat secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada dunia dan menjadi sekolah pilihan semua.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Senarai sekolah berprestasi tinggi ini disediakan oleh KPM. Anda boleh lihat senarai sekolah berprestasi tinggi yang terbaru di laman portal KPM (sila klik sini)

BILKOHORTKATEGORINEGERISEKOLAH
11S. RendahJOHORSK BANDAR UDA 2
21S. RendahWP KUALA LUMPURSK BUKIT DAMANSARA
31S. RendahPERAKSK CONVENT KOTA
41S. RendahWP KUALA LUMPURSK SERI BINTANG UTARA
51S. RendahWP KUALA LUMPURSK TAMAN TUN DR ISMAIL 1
61S. RendahKELANTANSK ZAINAB 2
71S. MenengahSELANGORKOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
81S. MenengahNEGERI SEMBILANKOLEJ TUNKU KURSHIAH
91S. MenengahNEGERI SEMBILANSEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
101S. MenengahSELANGORSEKOLAH SERI PUTERI
111S. MenengahWP PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
121S. MenengahJOHORSEKOLAH TUN FATIMAH
131S. MenengahKEDAHSM SULTAN ABDUL HALIM
141S. MenengahSELANGORSMK (P) SRI AMAN
151S. MenengahPULAU PINANGSMK (P) ST GEORGE
161S. MenengahWP KUALA LUMPURSMK AMINUDDIN BAKI
171S. MenengahKEDAHSMK SULTANAH ASMA
181S. MenengahMELAKASMS MUZAFFAR SYAH
191S. MenengahPERLISSMS TUANKU SYED PUTRA
201S. MenengahPERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
212S. RendahSELANGORSJKC LICK HUNG
222S. RendahPULAU PINANGSJKC PEREMPUAN CHINA
232S. RendahSARAWAKSJKC TUNG HUA
242S. RendahPAHANGSK (P) METHODIST KUANTAN
252S. RendahJOHORSK CONVENT MUAR
262S. RendahSELANGORSK JALAN 3
272S. RendahSELANGORSK SEKSYEN 9
282S. RendahPAHANGSK SERI BIRAM
292S. RendahWP KUALA LUMPURSK SETIAWANGSA
302S. RendahKEDAHSK SULTAN AHMAD TAJUDDIN
312S. RendahTERENGGANUSK SULTAN ISMAIL
322S. RendahSARAWAKSK ULU LUBAI
332S. MenengahSELANGORSBPI GOMBAK
342S. MenengahKEDAHSBPI KUBANG PASU
352S. MenengahPAHANGSBPI TUN ABDUL RAZAK
362S. MenengahPERAKSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
372S. MenengahTERENGGANUSM IMTIAZ BESUT
382S. MenengahNEGERI SEMBILANSMAP LABU
392S. MenengahSELANGORSMK JALAN EMPAT
402S. MenengahTERENGGANUSMK LEMBAH BIDONG
412S. MenengahKELANTANSMKA NAIM LILBANAT
422S. MenengahWP KUALA LUMPURSMS ALAM SHAH
432S. MenengahSELANGORSMS KUALA SELANGOR
442S. MenengahSARAWAKSMS KUCHING
452S. MenengahSARAWAKSMS MIRI
462S. MenengahJOHORSMS MUAR
472S. MenengahSABAHSMS SABAH
482S. MenengahWP KUALA LUMPURSMS SELANGIR
492S. MenengahWP KUALA LUMPURSMS SERI PUTERI
502S. MenengahPAHANGSMS TENGKU ABDULLAH
512S. MenengahKELANTANSMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
522S. MenengahNEGERI SEMBILANSMS TUANKU MUNAWIR
533S. RendahJOHORSJKC FOON YEW 2
543S. RendahKEDAHSJKC KEAT HWA H
553S. RendahPULAU PINANGSJKC KWANG HWA
563S. RendahJOHORSK (P) SULTAN IBRAHIM
573S. RendahPAHANGSK ASSUNTA CONVENT
583S. RendahKEDAHSK IBRAHIM
593S. RendahJOHORSK INFANT JESUS CONVENT
603S. RendahPULAU PINANGSK MINDEN HEIGHT
613S. RendahTERENGGANUSK SULTAN SULAIMAN 1
623S. RendahTERENGGANUSK TENGKU MAHMUD
633S. MenengahJOHORSMS JOHOR
643S. MenengahJOHORSMS KOTA TINGGI
653S. MenengahKEDAHSMS SULTAN MOHAMAD JIWA
663S. MenengahNEGERI SEMBILANSMS TUANKU JAAFAR
673S. RendahPERAKSJKC AVE MARIA CONVENT
683S. RendahPULAU PINANGSJKC UNION
693S. RendahMELAKASJKC YOK BIN
703S. RendahJOHORSK BANDAR MAHARANI
713S. RendahJOHORSK BANDAR PENAWAR 2
723S. RendahPULAU PINANGSK BERTAM INDAH
733S. RendahMELAKASK CONVENT INFANT JESUS (2)
743S. RendahPERLISSRK SERI INDERA
753S. RendahSABAHSK SRI GAYA
763S. RendahKEDAHSK SULTANAH ASMA
773S. RendahTERENGGANUSK TENGKU AMPUAN INTAN
783S. RendahKELANTANSK ZAINAB 1
793S. RendahMELAKASK (P) METHODIST 2
803S. MenengahTERENGGANUKolej Sains Pendidikan Islam Terengganu
SM Imtiaz Kuala Terengganu
813S. MenengahTERENGGANUSBPI BATU RAKIT
823S. MenengahPAHANGSBPI KUANTAN
833S. MenengahMELAKASBPI SELANDAR
843S. MenengahPAHANGSEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
853S. MenengahJOHORSMK INFANT JESUS CONVENT
863S. MenengahJOHORSMK SULTAN ISMAIL
873S. MenengahSELANGORSMS HULU SELANGOR
883S. MenengahPULAU PINANGSMS KEPALA BATAS
893S. MenengahWP LABUANSMS LABUAN
903S. MenengahKEDAHSMS POKOK SENA
913S. MenengahTERENGGANUSMS SULTAN MAHMUD
924S. RendahPULAU PINANGSJK(C) HAN CHIANG
934S. RendahSELANGORSK TAMAN MEGAH
944S. RendahPERAKSK MARIAN CONVENT
954S. RendahWP PUTRAJAYASK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)
964S. RendahJOHORSK TENGKU MARIAM
974S. RendahJOHORSJKT LADANG REM
984S. RendahSELANGORSK BUKIT JELUTONG
994S. RendahMELAKASK CONVENT OF THE INFANT JESUS 1 (M)
1004S. RendahWP KUALA LUMPURSK CONVENT BUKIT NANAS (1)
1014S. RendahPULAU PINANGSK CONVENT GREEN LANE
1024S. RendahWP KUALA LUMPURSJK(C) KUEN CHENG 2
1034S. RendahPERAKSK SULTAN IDRIS II
1044S. RendahSELANGORSK SRI PETALING
1054S. RendahPAHANGSK CONVENT
1064S. MenengahPULAU PINANGSMKA AL-IRSHAD
1074S. MenengahMELAKASMKA SHARIFAH RODZIAH
1084S. MenengahSELANGORSM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
1094S. MenengahPERAKSBP INTEGRASI GOPENG
1104S. MenengahPERAKSM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
1114S. MenengahNEGERI SEMBILANSBP INTEGRASI JEMPOL
1124S. MenengahKELANTANSM SAINS MACHANG
1134S. MenengahKEDAHSM SAINS KUBANG PASU
1144S. MenengahJOHORSMK DATO’ PENGGAWA BARAT
1154S. MenengahSELANGORSBP INTEGRASI RAWANG
1165S. RendahPAHANGSJK(T) RINGLET
1175S. RendahWP PUTRAJAYASK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)
1185S. RendahPAHANGSK ST. THOMAS
1195S. RendahSABAHSK LINGGA BARU
1205S. RendahKEDAHSK AIR MERAH
1215S. RendahKELANTANSK SERI WAKAF BAHARU
1225S. RendahSELANGORSK SAUJANA IMPIAN
1235S. RendahKELANTANSK KUBANG KERIAN 3
1245S. RendahTERENGGANUSK KAMPONG RAJA
1255S. MenengahPAHANGSMK ABDUL RAHMAN TALIB
1265S. MenengahPULAU PINANGSMK BUKIT JAMBUL
1275S. MenengahPULAU PINANGSM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
1285S. MenengahNEGERI SEMBILANSM SAINS REMBAU
1306S. KebangsaanKEDAHSK FATHER BARRE’S CONVENT (M)
1316S. KebangsaanSELANGORSK RAJA MUDA (INTEGRASI)
1326S. KebangsaanNEGERI SEMBILANSK KING GEORGE V
1336S. KebangsaanWP PUTRAJAYASK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
1346S. MenengahSABAHSMS LAHAD DATU
1356S. MenengahPERAKSMS TAPAH
Specialnya Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diiktiraf ini ialah, sekolah tersebut akan diberikan peruntukan khas, intensif serta latihan untuk pemimpin, guru dan Angota Khidmat Pengurusan (AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi kuasa dari segi aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan pencapaian dan pemilihan murid.
Semoga dengan rujukan senarai sekolah berprestasi tinggi ini dapat menolong para ibu bapa dalam memilih sekolah untuk melanjutkan pelajaran sekolah anak-anak mereka pada masa yang akan datang.

Cara Untuk Move On Dengan Berkesan

$
0
0
Cara Untuk Move On Dengan Berkesan. Tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan, masing-masing pasti mengalami kepayahan untuk move on lebih-lebih lagi untuk yang baru mengenali cinta buat kali pertama. Artikel ini bakal menerangkan mengenai langkah-langkah untuk move on dengan berkesan dan seterusnya boleh melupakan kenangan manis atau pahit lama anda.

cara untuk move on dengan berkesan

Cara Untuk Move On Dengan Berkesan

1) Memohon kekuatan daripada Tuhan
  • Antara tips yang utama adalah dengan mendekatkan diri kita kepada Tuhan dan memohon agar diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tidak kira lah anda menganut agama apa sekalipun, sekiranya kita meminta diberi kekuatan, nescaya DIA akan membantu untuk memudahkan urusan dan kita akan berasa lebih tenang dan damai sekaligus dapat melupakan perkara tersebut.

2) Mulai menilai serta muhasabah diri

  • Boleh bermula dengan menilai diri secara objektif (introspection). Muhasabah & cuba membetulkan kekurangan diri sendiri. Oleh itu, anda akan dapat memajukan diri supaya menjadi yang lebih baik. Tambahan pula, daya pemikiran anda pun semakin positif.

3) Biasakan diri anda dengan suasana yang baru

  • Jika sebelum ini anda sentiasa banyak menghabiskan masa bersama pasangan tidak kira di mana sahaja. Selepas ‘break up’ anda haruslah menyelesakan diri bahawa anda sudah tidak bersama pasangan lagi. Pada mulanya memang agak berat dan sedikit sukar bagi merealisasikan kenyataan, tapi lama-kelamaan anda akan mempunyai kekuatan serta tidak berasa janggal lagi kerana sudah membiasakan diri dengan keadaan yang baru.

4) Menyibukkan diri

  • Try sibukkan diri anda dengan apa-apa kerja ataupun aktiviti (aktiviti luar rumah paling utama). Dengan membiasakan diri untuk menjadi aktif, kebiasaannya anda akan menjadi biasa akan status solo dan proses move on lebih cepat.

5) Bersosial dengan rakan-rakan
  • Ketika anda sibuk bersama-sama dengan pasangan, pastinya kebanyakan masa akan dicurahkan hanya dengan dia seorang. Impaknya, ianya telah mengakibatkan anda rasa lebih jauh dengan persekitaran dan sahabat-sahabat anda. Cuba untuk berjumpa dengan rakan-rakan semula, luangkan masa dan babitkan diri dengan gejala sihat. Justeru, anda akan berasa ceria kerana sentiasa berjumpa dengan orang serta turut membantu dalam proses move on.

6) Berkongsi cerita kepada orang yang dipercayai
  • Sekiranya ada masa, cuba untuk berkongsi cerita dengan seseorang yang anda yakin dan boleh percayai. Cara ini boleh diamalkan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif “break up”. Kemudian, minta nasihat dan sokongan daripada mereka supaya dapat keluar daripada masalah tersebut.

7) Elakkan kegiatan ‘stalking’
  • Bagi mana-mana pasangan yang baru break-up, anda mesti ingat bahawa elakkan aktiviti untuk ‘stalk’ sama ada status di media massa, melalui smartphone dan sebagainya. Sebaiknya, hapuskanlah segala perkara yang berkaitan dengan dia. Jika sayang untuk membuang hadiah pemberiannya, simpan di dalam satu tempat dan sorokkan di tempat yang jauh dari pandangan. Yang penting, kuatkan diri supaya tidak mendekatinya lagi.

8) Belajar untuk membuka hati
  • Jangan biarkan hati anda terlalu lama kesakitan dan kesedihan. Belajarlah untuk menjadi lebih berpandangan jauh dan persiapkan diri dan hati dengan menimba ilmu, dan persiapan bagi menerima insan yang lain. Jangan biarkan hati anda tertutup terus dan cuba untuk menerima kehadiran insan baru. Akan tetapi, ini tidak bermakna anda perlu mencari pasangan selepas kejadian tersebut. Jika dalam keadaan tergesa-gesa, biasanya pasangan tersebut hanya sekadar menjadi tempat persinggahan yang sebenarnya tidak membetulkan masalah langsung.
Sekian sahaja perkongsian mengenai cara untuk move on dengan berkesan. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu sesiapa sahaja yang baru sahaja berpisah, atau pun kepada yang masih menjalani proses move on tersebut. Good luck.

Cara Menghilangkan Blackhead Dan Whitehead

$
0
0
Cara Menghilangkan Blackhead dan Whitehead. Apakah itu Blackhead & Whitehead? Whitehead dan Blackhead merupakan kumpulan jerawat yang biasa terjadi dalam kalangan orang Asia, terutama mereka yang mengalamai masalah kulit berminyak.

blackhead dan whitehead
blackhead dan whitehead

Blackhead

Blackhead ialah lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat pada kelenjar “sebaceous’ Pori atau liang-liang yang tersumbat tetapi dalam keadaan permukaan kulit terbuka akan menyebabkan blackhead terjadi.

Pengoksidaan bakal berlaku apabila terdedah kepada udara & mengakibatkan warna lebihan minyak serta kulit mati yang terkumpul menjadi warna hitam.

Whitehead

Whitehead pula berlaku pada bawah liang yang tertutup. Minyak & kulit mati terperangkap di dalam liang ini dan akan terbentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (tiada tindak balas oksida) Whitehead boleh terjadi pada semua bahagian muka dan badan.

Cara Menghilangkan Blackhead dan Whitehead

ais

1) AIS
  • Melancarkan peredaran darah dan menjana kulit yang lebih sihat

Cara :
  • Balut kiub ais menggunakan kain, tekapkan di kawasan yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang boleh.
  • Cuci muka menggunakan air berais sekali sehari.
  • Untuk kesan yang efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2) CUKA EPAL

  • Menegangkan kulit, mengurangkan pori serta memulihkan kestabilan ph kulit muka.
Cara :
  • Campurkan cuka ke dalam air. Sapukan pada kulit muka pakai kapas. Biarkan ianya kering dan jirus menggunakan air. Lakukan setiap malam setelah mencuci muka.

3) PUTIH TELUR
  • Mengecutkan liang-lang dan pori yang terbuka dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada muka.
Cara :
  • Pukul putih telur serta sapukan pada muka anda. Biarkan ia kering kemudian bilas. Anda juga boleh meletakkan tisu di atas permukaan kulit setelah menyapu putih telur untuk kesan yang lebih efektif. Lakukan rutin ini 2 kali setiap minggu.

4) SKRUB GULA
  • Membuang minyak yang berlebihan pada muka dan mengecilkan liang pori yang terbuka.
Cara :
  • Gaul 2 sudu gula, 1 sudu minyak zaitun serta sedikit jus lemon bersama. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas. Buat sekerap mungkin. Anda juga boleh menambah aroma lain seperti kayu manis serta vanilla untuk menambah wangi!
soda bikarbonat

5) SODA BIKARBONAT
  • Membuang lebihan minyak, kotoran serta debu dan menghapuskan masalah jerawat

Cara :
  • Buat pes dengan mengcampurkan 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada permukaan kulit dan urut perlahan-lahan supaya dapat diserap.

6) JUS LEMON
  • Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta dapat mencerahkan lagi wajah supaya berseri.

Cara:
  • Campurkan 1 sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit selepas itu bilas. Lakukan setiap hari setiap bulan.
timun

7) TIMUN
  • Mengecutkan liang pori yang terdedah dan menyerikan muka.
Cara :
  • Hasilkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus kemudian sapukan pada permukaan wajah. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit. Lakukan setiap hari setiap bulan.

8) YOGURT
  • Membuang minyak yang berlebihan, menghapuskan sel-sel kulit mati, menghilangkan garis halus dan kedut di muka.
Cara :
  • Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

9 ) TOMATO
  • Antiseptik sangat berkesan untuk membersihkan liang roma yang tersumbat, menghapuskan blackhead
Cara :
  • Lumatkan tomato serta ambil jusnya . Sapukan ke wajah seperti mask. Biarkan ia kering semalaman. Blackhead akan kering kemudian jatuh dengan sendirinya/

10) OAT
  • Untuk kulit yang sensitif
Cara:
  • Campurkan 5 sudu madu dan dua sudu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sehjingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Setelah selesai, biarkan ia kering dan bilas.

Penjagaan luaran seperti memakai tuala /tisu yang bersih untuk menyapu muka, menukar sarung bantal setiap minggu, memakan makanan yang sihat juga membantu anda untuk mengurangkan masalah blackhead dan whitehead. Penjagaan kulit secara rutin dapat membuatkan kulit anda bersih dan sihat. Terima kasih kerana membaca artikel ‘ cara menghilangkan blackhead dan whitehead’ . Sebarang komen atau penambahan anda silalah komen di bawah!

Cara Cara Menghilangkan Stress

$
0
0
Cara Cara Menghilangkan Stress. Apa itu stress? Stress ialah istilah yang membawa maksud tekanan, beban, konflik, keresahan atau kemurungan. Stress berlaku disebabkan kerana seseorang itu merasakan keperluan melebihi kekuatan dan sumber yang ada pada mereka. Terdapat pelbagai cara untuk  menghilangkan stress sebelum gejala ini bertukar menjadi lebih serius.

cara cara hilangkan stress

Anda semua pasti mempunyai tip tersendiri untuk mengatasi masalah stress ini. Disini saya ingin ceritakan langkah-langkah hilangkan stress dan semoga tip ini dapat menolong anda.

bersenam

Cara menghilangkan stress dengan bersenam

Dengan bersenam seperti berjogging dan melakukan riadah, ianya dapat membantu menghilangkan stress dengan pelbagai cara. Dengan menlawaskan endorfin dan melancarkan pergerakan darah, kita boleh berinteraksi dengan ramai orang.

Selain dari itu, bersenam juga dapat menolong kita menjaga kesihatan kita. 2 in 1 la katakan. Oleh itu, amalkanlah bersenam 3 kali setiap minggu.

tidur

Tidur

Rasa-rasanya, ini adalah part yang semua orang sudah mahir melakukannya. Tetapi tidur yang dinyatakan ialah dengan tidur yang cukup. Tidur yang cukup membolehkan badan kita berehat sepenuhnya. Tidur selama 6-8 jam sehari akan mengecas tenaga kita serta mengekalkan dan mengstabilkan emosi kita selain menjadikan kita lebih opitimis untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Berdasarkan kajian daripada Havard University, tidur sekejap pada waktu pagi atau power nap selama 15-30 minit mampu meninggikan percapaian pekerja sebab power nap mampu menghindarkan kita dari stress, keletihan dan burn out.

bersiar-siar

Bersiar-siar

Menurut pakar, dengan melihat keindahan alam dengan bersiar-siar boleh mententeramkan minda. Melihat kenindahan seperti pelangi, hujan yang hijau, lautan ombak dapat menyumbang kepada ketenangan fikiran. Anda boleh cuba dengan melihat keindahan alam selama 20 minit setiap hari dan anda boleh merasai kelainannya.

Jika anda merasa sangat stress, silalah ambil waktu untuk bercuti.

keluarga

Berinteraksi dengan kawan atau ahli keluarga.

Memberikan masa dengan kawan ahli keluarga dapat mengurangkan stress kita. Jika kita berdiam diri, orang yang rapat dengan kita sekalipun tidak dapat membantu kita menangani masalah kita. Kawan atau ahli keluarga adalah tempat untuk kita mengadu mengenai masalah yang kita alami. Ini kerana, kawan atau ahli keluarga adalah tempat kita bercerita, ketawa dan berkongsi duka lara kita.

Jika kita masih mempunyai ibu bapa, telefonlah mereka. Mereka adalah individu yang paling faham akan diri kita.

makan stress

Makan makanan yang dapat menghilangkan stress.

Mungkin ramai daripada kita tidak mengetahui bawah terdapatnya makanan yang mampu mengurangkan stress mahupun tekanan. Makan yang kaya dengan protien, omega-3, vitamin C, B2 dan E seperti asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, buah oren, buah jambu, dark choclate serta oat meal boleh memberikan kesan menenangkan kepada kita.

Akhir kata,terdapat pelbagai cara untuk menghapuskan stress dan ianya bergantung kepada individu untuk mengani masalah tersebut. Kita sepatutnya bertindak atau menyelesaikan masalah stress ini dengan bijak kerana jika stress dibiarkan , banyak masalah bakal kita hadapi. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menyelesaikan tekanan dalam kehidupan harian kita.

Senarai Etnik Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

$
0
0
Senarai Etnik Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Tahukah anda bahawa ada lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti dalam negeri Sabah ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu dan adalah negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan menjangkau 72,000 kilometer persegi.

senarai etnik di sabah

Selain mempunyai 33 jumlah etnik, penduduk di negeri ini juga berinteraksi menggunakan 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik serta bahasa yang diversiti, pengunaan bahasa kebangsaan Malaysia ditutur secara meluas dalam negeri ini.

Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga tersohor dengan Gunung Kinabalu yang mencapai ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.

senarai etnik di sabah

Dibawah merupakan senarai etnik di Sabah :

  1. Kadazandusun
  2. Rungus
  3. Bajau
  4. Melayu Brunei
  5. Murut
  6. Kedayan
  7. Suluk
  8. Iban (Iban Merotai)
  9. Tagaas
  10. Ubian
  11. Kimaragang
  12. Bajau Laut
  13. Binadan
  14. Bisaya
  15. Kokos
  16. Rumanau
  17. Lotud
  18. Minokok
  19. Orang Sungei
  20. Iranun
  21. Bonggi
  22. Kwijau
  23. Paitan
  24. Lun Bawang
  25. Lundayeh
  26. Tidung
  27. Rungusĺ
  28. Kagayan
  29. Tatana
  30. Ida’an
  31. Inokang
  32. sonsogon
Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang paling besar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk Sabah.

Etnik Kadazan-Dusun ini ada pelbagai bahasa dan dialek dengan keunikan pelbagai kebudayaan serta adat resam tradisional disebabkan terdapat 27 suku kaum kecil di dalamnya.

Group etnik kedua yang terbesar di Sabah adalah Bajau, atau dikenali juga sebagai ‘Koboi Timur’. Kumpulan etnik ketiga paling besar di Sabah adalah Murut, iaitu orang-orang yang tinggal di bukit dan pemburu kepala pada dahulu kala.

Tambahan pula, orang Cina juga termasuk dalam group utama untuk penduduk bukan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini. Perkahwinan antara kaum Cina dan Kadazan-Dusun juga mewujudkan masyarakat baru yang lebih dikenali sebagai Sino.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau informasi terbaru yang anda tahu tentang senarai etnik di Sabah diharap anda boleh menghantar maklum balas agar penambahbaikan artikel ini dapat dibuat selaras dengan informasi terkini. Sekian terima kasih.

Cara Semak Daftar Pemilih Terkini 2017

$
0
0
Cara Semak Daftar Pemilih Terkini. Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Sekiranya dah, anda kini dapat menyemak daftar pemilih melalui sistem dalam talian (online) dan SMS. Serkiranya anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, silalah membuat pendaftaran di kaunter-kaunter berdekatan dengan kawasan anda.
SPR mengundi

Cara Semak Daftar Pemilih Terkini. 

Untuk melakukan semakan , sila ikut cara-cara di bawah ini :

semak daftar pemilih sms

Cara Semak Daftar Pemilih Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Taip SPR<jarak> SEMAK<jarak> NO IC dan hantarkan ke 15888

CONTOH :-

SPR SEMAK 920121025509 (hantar ke 15888)

  • Taip SPR<jarak> NO IC dan hantarkan kepada 15888

CONTOH:-

SPR 920121025509 (hantar ke 15888)

semak daftar pemilih online

Semak Daftar Pemilih Secara Online

  • 3) Isikan aksara captcha dan tekan butang semak untuk melakukan semakan.

Semakan Melalui Pangilan ke Call Center

Sila lakukan panggilan terus ke pejabat bernombor 03-8892 7000

Kepada warganegara Malaysia yang sudah berusia 21 tahun ke atas yang belum mendaftar sebagai pengundi, silalah mendaftar dengan segera kerana anda mempunyai hak untuk memilih ketua negara anda.

Diharap agar artikel semak daftar pemilih ini dapat membantu anda membuat semakan di masa akan datang. Anda juga boleh melakukan semakan bil TNB di sini.

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

$
0
0
Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini. Sering kita terlupa untuk membayar bil elektrik disebabkan bil-bil lambat sampai ke rumah? Malas hendak beratur di kaunter oleh kerana mengambil masa yang lama? Kini dengan cara dalam talian sahaja anda boleh membuat semakan bil TNB anda dengan pantas dan senang.

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

Dengan arus pemodenan terkini, anda boleh  menyemak status mengenai bayaran penggunaan bil elektrik anda secara online sahaja. Selaras dengan kemajuan tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah meng-upgrade aplikasi TNB e-services ke aplikasi my TNB SELF SERVICE PORTAL yang lebih friendly user (mesra pengguna) agar semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah dan mengurangkan masa para pelanggan tanpa perlu menunggu dan berbaris di kaunter.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan bil TNB secara online:
portal my tnb

  • Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftar secara percuma dengan mengikut langkah-langkah yang telah disediakan di sini (KLIK SINI)
  • Bagi user yang sudah mempunyai akaun sedia ada di TNB e-services, anda boleh memakai id lama anda untuk melayari portal tersebut.

Antara perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah:

  1. Bayaran bil elektrik secara dalam talian.
  2. Memaparkan maklumat dan informasi yang lengkap mengenai akaun TNB anda.
  3. Memaparkan maklumat mengenai semakan bil TNB anda bagi bulan-bulan terdahulu serta terkini.
  4. Memaparkan kadar penggunaan elektrik bulanan di rumah anda.
Sekian sahaja panduan ringkas tentang semakan bil TNB anda. Semoga dengan panduan ini akan memudahkan anda untuk membuat rujukan dan menjelaskan bil elektrik dengan lebih pantas. Sekiranya anda ingin melakukan semakan saman polis, PDRM, dan JPJ, sila klik sini.

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

$
0
0
Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS. Apakah yang dimaknakan dengan HALAL? Halal terbit daripada perkataan Arab yang bermakna dibenarkan atau pun dibolehkan mengikut hukum syarak yang sudah ditetapkan. Selaras dengan itu, Islam sangat menitikberatkan umatnya agar selalu melakukan perkara dan mencari rezeki itu daripada sumber yang halal dan memperoleh keberkatan Allah SWT. Artikel ini akan menerangkan cara melakukan semakan status halal JAKIM Online dan SMS.

semak status halal jakim

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Alhamdulillah, kita sebagai warga Malaysia sebab senang untuk kita mencari bekalan dan makanan yang halal di mana-mana tempat. Namun, demikian harus diingatkan juga bahawa kita mestilah berwaspada dan selalu up to date mengenai senarai barangan yang telah dijamin halal oleh pihak JAKIM, JAIN, atau MAIN atau salah satu yang berkaitan. Disebabkan, itulah pada zaman kini kita mudah untuk membuat semakan status halal JAKIM Online serta SMS.

i. Semakan Melalui Online

  • Masuk ke lawan sesawang rasmi Halal Malaysia atau pun klik disini sini
  • Isikan kata kunci (keyword) di dalam ruang maklumat carian, dan tekan butang cari
  • Hasil carian akan keluar mengenai kategori Syarikat untuk seluruh negeri di Malaysia. Butir-butir yang dipaparkan termasuklah nama dan alamat syarikat beroperasi serta tarikh luput sijil halal JAKIM.
  • Skop carian boleh dikhaskan mengikut negeri. Untuk search negeri yang diingini, sila klik menu dropdown yang tersedia pada paparan halaman
  • Di paparan halaman juga anda boleh melakukan semakan kategori atau pun skim yang telah berdaftar status halal JAKIM seperti syarikat, kosmetik, parmaseutikal, barang gunaan, hotel dan resort, premis makanan, menu makanan, produk,  rumah sembelihan, logistik dan antarabangsa (international).

ii. Semakan Melalui SMS

  • Taip HALAL <jarak> SEMAK <jarak> Nombor Pendaftaran Syarikat
  • Kemudian hantar ke 15888

“CONTOH: HALAL SEMAK 152477T dan hantarkan kepada 15888”


Sekian sahaja sharing mengenai semakan status halal JAKIM Online dan SMS. Semoga dengan adanya panduan, pengguna dapat memanfaatkannya dan menambah pengetahuan kita sebagai pengguna agar sentiasa mencari rezeki makanan dan barangan harian yang halal agar segala perbuatan kita selalu diredhai oleh Allah SWT. Sekian sahaja, renung-renungkan dan selamat beramal.

Cara Daftar Akaun CIMB Clicks

$
0
0
Cara Daftar Akaun CIMB Clicks. Zaman kini, semuanya pakai online sahaja tidak kira untuk melakukan bayaran, jual beli, pengiklanan dan banyak lagi. Demikian itu, setiap orang yang memiliki akaun dalam mana-mana bank disarankan untuk mendaftar aplikasi online agar memudahkan urusan harian tanpa perlu menunggu di kaunter. Untuk artikel ini, admin akan memberitahu bagaimana cara mendaftar akaun CIMB Clicks dengan lebih mudah.

cara daftar cimb clicks

Cara Mendaftar Akaun CIMB Clicks

Daftar Online CIMB Clicks

  • Pergi ke mana-mana bahagian cawangan ATM CIMB yang berhampiran.
  • Masukkan kad ATM dan nombor pin anda seperti sedia kala.
  • Seterusnya, pilih Menu Other atau Lain-lain
  • Klik butang CIMB Clicks
  • Klik butang CIMB Clicks e-pin (boleh masukkan 6 digit nombor e-pin anda yang sesuai dan mudah dihafal)
  • Pilih Telephone Number seterusnya isikan nombor telefon (nombor handphone) anda.

Sesudah selesai proses di ATM, anda boleh terus pakai PC yang tersedia dalam bank. PC tersebut memang diletakkan khususnya untuk para pelanggan aktifkan akaun CIMB Clicks. Kemudian, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/#
  1. Klik Online Registration kemudian klik Register Now
  2. Isikan nombor kad bank anda (16 digit seperti yang tertera pada kad bank anda)
  3. Isikan pin nombor anda (nombor pin ATM)
  4. Isikan user ID yang sesuai
  5. Isikan password untuk akaun CIMB Clicks anda
  6. Selesai dan terus login

Kebaikan CIMB Clicks

Sekian sahaja perkongsian mengenai cara mendaftar akaun CIMB Clicks dengan senang. Dengan adanya akaun perbankan online, banyak kerja akan menjadi lebih pantas.

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

$
0
0
Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa itu MAIWP? MAIWP ataupun nama panjangnya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia merupakan satu pertubuhan yang menjaga kebajikan dan hal ehwal umat Islam dalam Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya. Artikel ini akan menceritakan tentang permohonan bantuan baitulmal MAIWP.
Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Antara objektif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dibina adalah untuk:
  • Membina dan mewujudkan masyarakat Islam yang dinamik dan progresif dan selalu mencari redha Allah.
  • Memupuk keimanan dan menguatkan ukhwah dalam kalangan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan juga di Malaysia secara amnya untuk mencapai perpaduan ummah.
  • Memperbanyak usaha-usaha kebajikan serta menegah kemaksiatan dalam masyarakat Islam.
  • Melaksanakan cara-cara menambah harta MAIWP dengan pelaburan dan usaha-usaha yang halal untuk faedah dan kebaikan umat sejagat.

Syarat-Syarat Umum Permohonan Baitulmal MAIWP

  • i. Beragama Islam
  • ii. Warganegara Malaysia
  • iii. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • iv. Telah bermastautin di Wilayah Persekutuan tak kurang dari setahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
Untuk artikel ini, admin akan fokus akan langkah-langkah untuk membuat pemohonan bantuan baitulmal MAIWP secara dalam talian. Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah:
  • a. Penuhkan segala butiran yang tertera pada borang permohonan (tandatangan sokongan tidak diperlukan)
  • b. Sertakan sekali semua dokumen-dokumen yang perlu seperti yang terttulis dalam borang (cop pengesahan tidak diperlukan)
  • c. Setelah lengkap, kemudian boleh hantar borang permohonan tersebut ke mana-mana cawangan yang berdekatan (sebaiknya pemohon sendiri yang menghantar borang tersebut supaya boleh terus interview justeru proses permohonan akan menjadi lebih pantas)

Jenis-Jenis Bantuan Yang Disediakan :

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Am Persekolahan
  • Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
  • Bantuan Ramadhan
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Tiga Roda Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Selesaikan Hutang (al-Gharimin)
  • Bantuan Musibah
  • Biasiswa Baitulmal/Insentif Khas Untuk Pelajar Cemerlang
  • Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
  • Bantuan Pertanian
  • Bantuan Perniagaan
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Membina/Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  • Bantuan Tambang Luar/Dalam Negeri
  • Bantuan Segera
  • Bantuan al-Riqab
  • Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  • Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
  • Bantuan Takaful Asnaf
  • Bantuan Am Pelajaran IPT

Semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak menyenangkan urusan anda untuk membuat permohonan bantuan melalui baitulmal MAIWP. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini, sila layari http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Cara Kempiskan Perut Dengan Mudah

$
0
0
Cara Kempiskan Perut Dengan Mudah. Perut menonjol ke hadapan, buncit dan boroi bukan sesuatu yang di impi-impikan terutamanya bagi kaum hawa kerana kita akan mudah hilang keyakinan diri apabila melihat diri kita di dalam cermin. Ada pelbagai cara kempiskan perut yang senang dan anda boleh mencubanya sendiri. Cepat mahupun lambat, ianya bergantung kepada sekadar mana usaha kita untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Dibawah adalah tips ataupun cara kempiskan perut.

masalah berat badan

Cara Kempiskan Perut Dengan Mudah

Tinggalkan makanan ringan.

  • Kita sewajibnya elak daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula yang berlebihan serta makanan bergoreng. Ini disebabkan, makanan ringan dan makanan segera ialah amat tidak baik untuk kesihatan tubuh. Selain itu, mempunyai kurang khasiat, makanan ringan akan membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut jika diambil secara berlebihan.

Pengambilan makanan yang betul.

  • Ambil makanan yang betul yang terkandung karbohidrat kompleks, serat, vitamin serta mineral. Pengambilan kuantiti makanan mengikut piramid makan dengan betul dapat menolong anda mengempiskan perut. Makanan seperti nasi lemak mengandungi karbohidrat yang tinggi. Anda boleh melihat kuantiti makanan yang disarankan pada hirarki piramid makanan.

Kurangkan minuman manis.

  • Kurangkan bahan-bahan manisan dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Slogan ini memaparkan keburukan pengambilan minuman manisan dengan berlebihan. Minuman manis mempunyai banyak kalori dan ini akan membantutkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Pengambilan minuman manis secara berlebihan juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, dan macam-macam lagi. Anda disarankan untuk minum lebih banyak air kosong atau air mineral.

Hentikan tabiat makan lewat malam.

  • Tabiat ini sering diamalkan oleh golongan pelajar dan lelaki bujang. Tabiat makan ketika waktu malam kebiasaannya akan diikuti dengan tidur sesudah mereka selesai makan. Ketika kita tidur, lebihan gula akan ditukar kepada lemak oleh kerana badan kita tidak mengunakan banyak tenaga keranan kurangnya aktiviti semasa waktu tidur. Oleh sebab itu, lemak tidak dapat dibakar dan bakal terkumpul dalam badan kita.

Lakukan senaman

  • Dengan mengamalkan senaman, tubuh dapat membakar lemak dengan lebih efektif. Senaman juga dapat meninggikan metabolisme badan kita. Jika proses pembakaran lemak di dalam tubuh anda efektif, lemak dalam badan tidak terkumpul dan perut anda tidak akan buncit mahupun menonjol ke hadapan. Contoh senaman yang mudah adalah jogging, berenang serta zumba.
Semoga tips dan cara kempiskan perut ini boleh memberi semangat kepada anda untuk memiliki bentuk badan yang di impikan. Semoga berjaya dan berjaya untuk istiqamah.

Semakan Nombor Plat Kenderaan Online Terkini

$
0
0
Semakan Nombor Plat Kenderaan Online Terkini. Setiap individu mesti perlu akan kenderaan (kereta atau motor) agar dapat memudahkan urusan untuk ke mana-mana sahaja. Pembelian kereta juga perlu dinilai dan disemak dari segi harga fungsi, ketahanan, mampu milik, maintenance, dan lain-lain aspek. Bagi mana-mana individu yang merancang dan bersedia untuk membeli kenderaan baharu, pasti anda akan mula memilih nombor plat yang berkenan dengan citarasa anda. Di sini anda boleh membuat semakan nombor plat kenderaan terkini.

semak no plat online terkini

Semakan Nombor Plat Kenderaan Online Terkini

Dibawah adalah merupakan senarai nombor plat kenderaan yang terkini berdasarkan negeri masing-masing :

*Info: Bermula pada 1 Jun 2016, nombor plat kenderaan baru untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Kuala Lumpur dilancarkan iaitu V untuk Kuala Lumpur dan F untuk Putrajaya.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Semakan Nombor Plat Kenderaan Terkini Setakat 14 Disember 2016

  • JOHOR – JRW1693
  • KEDAH – KEG4329
  • LANGKAWI – KV7361D
  • KELANTAN – DCY7047
  • MELAKA – MCW2578
  • NEGERI SEMBILAN – NDF7524
  • PAHANG – CDV396
  • PULAU PINANG – PMU3920
  • PERAK – AKP3142
  • PERLIS – RP5304
  • SELANGOR – BPB4064
  • TERENGGANU – TBU2070
  • KOTA KINABALU – SAC7740C
  • SANDAKAN – SS9534X
  • KUDAT – SK7341A
  • TAWAU – ST6983X
  • BEAUFORT – SB5927C
  • KENINGAU – SU2950D
  • LAHAD DATU – SD3610M
  • KUCHING – QAA7422R
  • SIBU – QS9142F
  • MIRI – QM6187B
  • SRI AMAN – QBC6586
  • SARIKEI – QRK2341
  • BINTULU – QTP3912
  • LIMBANG – QLB4336
  • KOTA SAMARAHAN – QCF5547
  • KAPIT – QPA6745
  • MUKAH – QS9142F
  • BETONG – QBC6586
  • LAWAS – QLB4336
  • WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR – VH6790
  • WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – LF6807
Sekian sahaja info terkini untuk semakan nombor plat kenderaan terkini. Untuk pertanyaan lanjut, sila layari http://www.jpj.gov.my/transaksi-percuma-no.-pendaftaran-terkini jika mempunyai sebarang pertanyaan.

*cara semak saman polis trafik, PDRM serta JPJ klik SINI

Anwar Mungkin Kekal Terpenjara Sehingga PRU Depan

$
0
0

Jalan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan tuduhan meliwat ke atas dirinya melalui mahkamah telahpun berakhir hari ini apabila pihak mahkamah persekutuan bersepakat untuk menolak rayuan beliau.
Dengan keputusan yang telah diputuskan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus menjalani sesi penahanan sehingga pertengahan tahun 2018 (Kira-kira dalam setahun lebih lagi).Lima panel hakim diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan tidak berlaku keputusan berat sebelah atau tidak adil dibuat panel sebelum ini.
Memutuskan bahawa tiada merit pada dakwaan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan secara pramatang, hakim berpendapat ia terletak di bawah Peraturan 137 (yang membolehkan semakan).
"Tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa terdapat apa-apa komunikasi apa sekalipun antara PMO dan Mahkamah Persekutuan sama ada sebelum atau selepas keputusan kes itu," katanya dalam keputusan dibuat sebulat suara oleh semua hakim.
Hakim lain yang menganggotai panel mendengar permohonan Anwar itu ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, serta hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Semua hakim hadir di mahkamah ketika penghakiman dibacakan, kecuali Malanjum yang menghadiri pengebumian ibu saudaranya.

Walaubagaimanapun,

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan mencuba untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V,
"Ia adalah salah satu pilihan, tapi kita perlu bincang dengan Anwar terlebih dulu.
"Kami amat berharap bahawa keputusan esok akan menjadi pilihan yang lebih mudah," kata Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita di rumahnya malam ini.
Percubaan Anwar untuk mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
Peguam Sivarasa Rasiah bagaimanapun telahpun menjelaskan bahawa tidak ada had kepada usaha mendapatkan pengampunan diraja.
Ini adalah saluran undang-undang terakhir Anwar untuk mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Terdahulu, Wan Azizah memberitahu orang ramai yang berkumpul di rumahnya bahawa semasa berada di majlis pertabalan Agong, beliau merasa baginda akan memberi pengampunan kepada kepada Anwar.
"Mungkin Agong baru akan mempunyai cara yang baru (untuk melakukan sesuatu)," katanya.
Beliau berkata Anwar sebelum ini keberatan mendapatkan pengampunan kerana ia akan menjadi satu pengakuan bersalah. Bagaimanapun Anwar mengubah fikiran dengan berpendapat pengampunan itu dibuat atas alasan ketidakadilan.
Lebih 50 orang, kebanyakannya anggota PKR, berkumpul di rumah Anwar malam ini untuk menunaikan solat hajat bagi mendoakan beliau dibebaskan esok.

Sumber : Malaysiakini.com

Cara Semak Potongan Gaji ANGKASA

$
0
0
Cara semak potongan gaji ANGKASA. Pada zaman sekarang, bank tumbuh bak cendawan selepas hujan. Banyak bank-bank yang menawarkan pinjaman. Sangat lain pada zaman dahulu, untuk meminjam dari mana-mana bank, anda hanya perlu menyerahkan slip gaji anda.

Namun setelah bertahun-tahun meminjam, anda mungkin terlupa jumlah baki pinjaman anda. Hal ini disebabkan, dalam slip gaji anda, semua bank, potongan insurans, koperasi, telah digabungkan dalam satu ruang potongan Biro Angkasa.
Cara Semak Potongan Gaji ANGKASA

Cara Semak Potongan Gaji ANGKASA

  • Anda hatuslah mengisi borang secara dalam talian kemudian klik hantar.
    Klik pada laman ini --> BORANG SEMAKAN ANGKASA
  • Anda hendaklah membuka email yang dimasukkan untuk melihat jawapan daripada pihak ANGKASA.
  • Terdapat juga alternatif lain, contohnya menghubung pihak ANGKASA di talian +603- 78022400 atau contact cawangan mereka pada alamat seperti dibawah :
  • Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
    Aras Bawah
    Lot 496 Seksyen 6, KTLD
    No. 19, Jalan Kulas 93400 Kuching, Sarawak

    E-mail : jpn_sarawak@angkasa.coop
    Tel : +6082 239 401 (General Line)
  • Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
    Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
    47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

    Tel : +603 7806 1977 (General Line)
    E-mail : apex@angkasa.coop
    Faks : +603 7884 6489 (General Line)

  • Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
    Lot 13 . Lrg Grace Square . Jln Pantai Sembulan
    88582 Kota Kinabalu . Sabah

    E-mail : jpn_sabah@angkasa.coop
    Tel : +6088 255 917, +6088 250 151 (General Line)

  • Semoga dengan artikel cara semak potongan gaji ANGKASA ini bermanfaat kepada anda semua. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah merujuk ke laman portal ANGKASA.

Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik

$
0
0
Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik. Sebelum mana-mana graduan tidak kira sama ada graduan universiti ataupun kolej, para pelajar mesti akan diberikan kursus tentang bagaimana persiapan untuk temuduga serta membuat portfolio resume. Resume adalah surat di mana isi kandungannya menceritakan mengenai profail individu tersebut. Jika resume tersebut diluluskan oleh mana-mana tempat kerja tidak kira syarikat kerajaan ataupun pun syarikat swasta, barulah seseorang itu akan pergi ke proses seterusnya, iaitu proses temuduga. Artikel ini akan menceritakan tentang contoh resume ringkas dan terbaik untuk tahun terkini.

contoh resume terbaik

Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik

Sebelum itu, beberapa aspek yang perlu diambil berat semasa membuat resume iaitu:

  • Contact Info: Mengandungi nama, nombor telefon yang boleh dihubungi, alamat dan email
  • Personal Particulars: Umur, warganegara, jantina, bangsa, tarikh lahir, agama, status perkahwinan, nombor IC dan bahasa pertuturan (sebagai contoh Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Jikalau anda mahir dalam bahasa lain seperti Bahasa Jepun atau Bahasa Cina, boleh masukkan kerana ianya merupakan bonus sekiranya ingin meminta pekerjaan dengan syarikat luar negara.
  • Educational Background: Senaraikan pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Selain itu, boleh tambah dengan subjek-subjek yang telah diambil semasa di universiti dan sijil-sijil kemahiran yang telah dicapai.
  • Employment History: Tuliskan pengalaman bekerja sebelum ini jika ada. Boleh sertakan bermula daripada tempat praktikal sehingga ke tempat bekerja terkini. Di sini bahagian sumber manusia akan menilai dari segi pengalaman yang ditimba sepanjang tempoh di tempat kerja anda
  • Professional Skills: Senaraikan bidang-bidang yang anda ceburi dan susun mengikut gred yang anda mahir hingga ke biasa. Selain itu, jangan lupa untuk menambah ciri-ciri ataupun kebolehan anda sebagai contoh boleh bekerja di bawah tekanan, fasih berkomunikasi tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, boleh bekerjasama dan menerima pendapat orang lain dan lain-lain.
  • Achievements: Pencapaian dan sijil-sijil yang dicapai tidak kira dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Reference: Ini penting kerana sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang ingin tahu lebih lanjut mengenai diri anda, kebiasaannya mereka akan bertanya kepada penama-penama yang disenarai dalam bahagian rujukan. Anda boleh letakkan supervisor semasa projek tahun akhir (Final Year Project) dan supervisor ketika praktikal. Oleh itu, tunjukkan komited kesungguhan anda kepada mana-mana supervisor supaya rekod anda baik dan tiada masalah semasa mereka ditemuramah oleh syarikat yang anda minta.

Antara contoh resume ringkas, mantap serta padat yang boleh dijadikan panduan:

contoh resume terbaik 1

Contoh Resume 1

contoh resume terbaik 2

Contoh Resume 2

contoh resume terbaik 3

Contoh Resume 3

Sekian sahaja contoh resume ringkas dan padat daripada kami. Biar nampak simple, asalkan isinya padat dan seanng difahami. Selamat maju jaya buat semua!

Cara Semak Baki Internet Celcom

$
0
0
Cara Semak Baki Internet Celcom. Zaman sekarang, majoriti manusia berlumba-lumba untuk mempunyai gajet yang canggih . Tidak kira tua mahpun muda memiliki gajet hebat daripada syarikat gergasi seperti Apple, OPPOSamsung, Huawei , Asus dan sebagainya. Maka agak pelik sekiranya memiliki gajet hebat tetapi tidak subscribe internet dari syarikat telekomunikasi . Zaman sekarang, ramai orang tak boleh hidup tanpa internet! Terdapat banyak syarikat yang memberikan perkhidmatan internet seperti Celcom, MaxisDigi dan lain-lain. Syarikat gergasi ini saling berlumba-lumba untuk mendapatkan lebih banyak customer. Bagi admin, admin memilih untuk menggunakan Celcom untuk melanggan internet. So hari ini admin nak cerita sikit cara semak baki internet Celcom.

cara semak baki internet celcom

Cara Semak Baki Internet Celcom


CARA SEMAK BAKI KUOTA INTERNET DAN BONUS CELCOM FIRST BASIC 38

Lebih kurang sahaja caranya hantar SMS ‘ Bal status‘ kemudian hantar ke 28882 


CARA SEMAK BAKI KUOTA INTERNET POSTPAID

Hantar kata keyword untuk semak baki melalui kiriman SMS seperti berikut :

Taip ‘ VOL STATUS ‘ HANTAR KE 22188 —– > Ini biasa dipakai untuk user postpaid data sahaja, atau pengguna postpaid lama.

Untuk pengguna prepaid, boleh menggunakan kata kunci ini juga . Selepas menghantar sms ‘Bal status‘ , anda akan menerima SMS maklum balas daripada Celcom mengenai baki kuota internet anda dan bonus call dan SMS yang masih boleh digunakan,

Semoga dengan artikel ‘cara menyemak baki internet celcom’ di atas bermanfaat untuk anda. Anda juga boleh melakukan semakan baki internet anda dengan mendail *118# . Klik laman web Celcom untuk mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut.

Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah

$
0
0
Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya ialah KWSP merupakan salah sebuah institusi keselamatan sosial yang dibina di bawah Undang-Undang Malaysia (Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta 452). Fungsi KWSP adalah untuk memberikan faedah persaraan kepada ahli yang berdaftar dengan cekap dan sangat dipercayai. Oleh itu, kami akan ceritakan kepada anda Cara Mendaftar Ahli KWSP dengan terperinci agar semua urusan pendaftaran anda berjalan dengan lancar.

Cara daftar ahli kwsp

Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah. 

Pada tahun ini, jumlah keahlian KWSP yang masih aktif dan mencarum adalah sudah melebihi 6.79 juta. Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli KWSP adalah terdiri dari Pekerja Sektor Swasta serta Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan cara untuk mendaftar menajadi ahli KWSP.

Cara Mendaftar Ahli KWSP

Dokumen yang perlu disertakan;
  • Kad Pengenalan
  • Borang KWSP 6 (Borang A) atau Borang KWSP 3
Berdasarkan kepada laman portal KWSP, anda boleh menjadi ahli dengan langkah-langkah yang berikut:

1. Mendaftar Secara Automatik
  • Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP dengan automatik setelah KWSP menerima caruman pertama anda dari majikan anda. Pendaftaran ini dilakukan mengikut nama dan nombor IC anda yang telah dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran anda akan siap setelah KWSP menerima pengesahan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. Pendaftaran Melalui Kaunter atau Mel

  • Anda atau Majikan anda boleh menghantar Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel bagi mendaftar sebagai ahli KWSP. Anda perlu pastikan kesemua maklumat peribadi yang disenaraikan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan anda lengkap dan benar. Cap Jari yang dilekatkan juga hendaklah jelas kelihatan di borang.

**TIPS TERBARU: Anda boleh menjadi ahli KWSP dengan segera dengan datang ke kaunter/cawangan KWSP berhampiran anda dengan membawa IC – cip kad pengenalan mestilah boleh dibaca – untuk di imbas secara terus di kaunter pendaftaran. Cara ini tidak memerlukan anda untuk mengisi borang dan urusan anda akan siap dengan hanya beberapa minit sahaja.

Kakitangan KWSP akan scan Kad Pengenalan anda kemudian diikuti dengan pengesahan melalui scan cap jari anda.

Sampai di sini sahaja perkongsian mengenai Cara Mendaftar Ahli KWSP kali ini. Kami berharap melalui perkongsian ini dapat memudahkan urusan pendaftaran keahlian KWSP anda. Segala persoaalan mengenai artikel ini bolehlah ditaip di dalam ruangan komen di bawah. Kami akan cuba menjawab segala soalan anda dengan segera.

Bagi yang ingin melakukan semakan CCRIS Dan CTOS silakan klik link SINI.

Semakan Status CCRIS Dan CTOS

$
0
0
Semakan Status CCRIS Dan CTOS. Tahukah anda kenapa sesetengah permohonan pinjaman contohnya pinjaman untuk membeli aset (rumah dan kereta), dan pinjaman untuk perniagaan tidak di-approve? Hal ini disebabkan sama ada status CCRIS serta CTOS seseorang yang menyebabkan permohonan tersebut tidak diterima oleh pihak bank. Artikel ini akan menceritakan tentang semakan status ccris dan ctos.

Semakan Status CCRIS Dan CTOS

Semakan Status CCRIS Dan CTOS


Artikel ini akan mengajar anda bagaimana hendak melakukan semakan sama ada kita tersenarai dalam kategori CCRIS mahupun CTOS. Untuk cara yang lebih senang dan tidak memakan masa yang banyak, kita boleh membuat semakan secara online.

i. Semakan Status CCRIS
  • Sila pergi ke laman portal CCRIS. Klik sini --> CCRIS
  • Ikuti langkah-langkah dan panduan yang telah diberitahu dalam laman web tersebut

ii. Semakan Status CTOS

  • Jika anda ingin mengetahui samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman portal CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna:
  • Pertama sekali adalah dengan mendaftar untuk mendapatkan CTOS ID Pengguna di Register CTOS Online .
Setelah CTOS ID Pengguna dihidupkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.
Pendaftaran CTOS adalah PERCUMA, sama juga dengan laporan CTOS boleh diaccess secara PERCUMA dan anda akan mendapat laporan yang mengandungi perkara-perkara seperti dibawah:
  • Maklumat-maklumat peribadi anda termasuklah Nama, Alamat dan lain-lain.
  • Maklumat SSM tentang Pendaftaran syarikat, directorship dan lain-lain.
  • Maklumat sejarah Litigation – rekod tindakan undang-undang sama ada sebagai defendan mahpun plaintiff
  • Rujukan Perdagangan (Trade Referees)
Setelah mendaftar, anda akan menerima laporan seperti:
  • Laporan MyCTOS untuk kali Pertama adalah PERCUMA 
  • Dua laporan MyCTOS PERCUMA yang diupdate setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai
  • Pengumuman PERCUMA untuk rekod tindakan undang-undang baru.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit pemahaman mengenai pentingnya melakukan semakan status CCRIS dan CTOS agar dapat memudahkan urusan kita dengan pihak bank. Sebelum anda ingin memohon mana-mana pinjaman, sila buat semakan terlebih dahulu, jika terdapat tunggakan, selesaikan dengan segera.

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

$
0
0
Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang.Antara matlamat utama orang awam sanggup meredah hutan (jungle trekking) berjam-jam lamanya hanya kerana ingin membasahkan diri dengan air terjun yang merupakan destinasi terakhir (last checkpoint) setelah penat lelah meredah trek hutan yang mencabar. Artikel ini akan berkongsi tentang senarai air terjun yang ada di Negeri Pahang Darul Makmur.

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

Seusai tiba ke lokasi air terjun, para pengunjung akan disajikan dengan kesejukan air terjun, tidak hairanlah sekiranya air terjun merupakan lokasi terbaik untuk beriadah buat keluarga mahu pun bersama sahabat handai. Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati keindahan serta kehijauan hutan hujan tropika dengan lebih jelas dan dekat secara 'live'. Sehingga kini, terdapat banyak kelab-kelab aktiviti luar (outdoor) akan membuat aktiviti lasak seperti abseiling di air terjun, flying fox, membina keyakinan diri di dalam air (water confident) dan pelbagai lagi.

Dibawah ini adalah senarai air terjun yang terkenal di Pahang:

i. Air Terjun Sungai Pandan

Bertempat di Panching, Kuantan dan adalah destinasi yang terkenal dalam kalangan warga Kuantan. Jarak jauh perjalanan dalam 25 km dari bandar Kuantan. Terdapat bermacam-macam kemudahan asas yang disediakan kepada pengunjung dan untuk masuk ke Air Terjun Sungai Pandan pun mudah. Kawasan rekreasi disana dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu untuk melakukan penyelenggaraan.

ii. Air Terjun Pelangi

Bertempat di Sungai Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pencinta alam dan yang suka akan aktiviti luar. Kena dengan namanya, air terjun ini menghasilkan pelangi dengan percikan air terjun yang amat tinggi terutama ketika waktu matahari terik atas kepala. Oleh yang demikian, untuk sampai ke sini, kereta jenis 4 x 4 amat perlu dek kerana trek jalannya yang sukar dengan jalan yang berbatu, melalui anak sungai serta bukit. Namun, itu semua bukan lagi penghalang untuk penggemar aktiviti lasak sebegini kan?

iii. Air Terjun Teladas


Bertempat di Hutan Lipur Teladas, Maran juga antara destinasi mandi-manda yang popular di sekitar Maran. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di sana termasuklah tempat untuk meletakkan kenderaan, jambatan gantung dan taman permainan untuk kanak-kanak.

iv. Air Terjun Berkelah

Dikenali kerana air terjun yang tinggi bertingkat-tingkat dan senang untuk masuk menggunakan kereta. Terletak di Gambang dan hanya ambil masa selama 15 minit sahaja untuk tiba dari Exit Tol Gambang, manakala kira-kira 45 minit jikalau datang dari Kuantan. Tempat yang luas serta sesuai untuk mealkukan aktiviti membakar BBQ setelah penat bermandi-manda.

v. Air Terjun Chamang

Bertempat di daerah Bentong, air terjun Chamang amat terkenal bukan sahaja dalam kalangan warga Pahang, tetapi warga Kuala Lumpur pun sanggup meredah ke sini. Jarak tempatnya dari KL lebih kurang 80 kilometer. Mudah untuk masuk dengan kereta biasa dan ada kawasan yang lapang, tempat ini memang sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa dengan beriadah.

vi. Air Terjun Lata Jarum

Bertempat di Ulu Dong, Raub, Air Terjun Lata Jarum bukan sahaja popular dengan keindahan serta kebersihan airnya, tetapi turut menjadi tempat tinggal bunga eksotik seperti bunga Rafflesia. Akses untuk masuk ke kawasan ini mudah, dan ada menawarkan chalet sekiranya pengunjung ingin bermalam di sini bagi aktiviti meredah hutan (jungle trekking).

vii. Air Terjun Lata Meraung

Bertempat di Hutan Simpan Lembah Kiol, Jerantut, lokasi ini menjanjikan jaminan kepuasan hati kepada para pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan selain bermandi-manda seperti berlari di hutan (trail running) berbasikal,, memancing,  dan lain-lain. Untuk datang ke sini pun agak mudah, kawasan di sana memang mudah untuk dilawati.

Sekian sahaja perkongsian tentang senarai air terjun di Negeri Pahang. Sekiranya anda mempunyai masa terluang, bolehlah datang untuk bercuti sambil menjauhkan diri seketika dari kesibukan kota dan kerja dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Senarai Daerah Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

$
0
0
Senarai Daerah Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Berkeluasan 72,500 km², Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam Malaysia. Lokasinya di kepulauan Borneo. Panggilan lain untuk Sabah ialah Negeri Di Bawah Bayu. Sama dengan jumlah kaumnya yang banyak,  tidak kurang banyaknya juga daerah di Sabah.. Oleh itu, kami akan ceritakan kepada anda Senarai Daerah Di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Senarai Daerah Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Senarai Daerah Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Sebagai permulaan, Sabah telah terbahagi kepada 5 bahagian bagi tujuan pentadbiran. Jumlah keseluruhan daerah yang terdapat di Sabah jika ditambah kesemua sekali ialah 25 daerah. Mari kita tengok senarai berikut:

  1. Kota Kinabalu
  2. Pitas
  3. Kudat
  4. Beluran
  5. Nabawan
  6. Sipitang
  7. Tambunan
  8. Tenom
  9. Kuala Penyu
  10. Kinabatangan
  11. Sandakan
  12. Tongod
  13. Tuaran
  14. Papar
  15. Kota Belud
  16. Lahad Datu
  17. Tawau
  18. Semporna
  19. Putatan
  20. Penampang
  21. Ranau
  22. Kota Marudu
  23. Kunak
  24. Beaufort
  25. Keningau

Berikut adalah senarai daerah di Sabah berasaskan 5 bahagian seperti di dalam gambar.

bahagian-bahagian di sabah

Sumber: Wikipedia

Jadual di bawah ini kami bentangkan untuk lebih jelas lagi tentang senarai daerah di Sabah berdasarkan bahagian. Kali ini jumlah keluasan serta jumlah populasi di setiap bahagian juga dinyatakan.
No.
Nama BahagianSenarai DaerahJumlah Keluasan (km2)
Populasi
(2010)
1
Pantai Barat
Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud, Ranau ,Tuaran, Putatatan, Penampang, 
 7,588
 1,067,589
2
Kudat
Pitas,Kota Marudu, Kudat, 
 18,298
 424,534
3
Sandakan
Tongod, Kinabatangan, Sandakan, Beluran, 
 4,623
 192,457
4
Tawau
Kunak, Semporna Tawau, Lahad Datu
 28,205
 702,207
5
Pedalaman
Keningau, Tenom, Kuala Penyu, Nabawan, Tambunan, Beaufort, Sipitang, 
 14,905
 819,955
Itu sahaja yang dapat kami ceritakan mengenai Senarai Daerah Di Sabah. Sekiranya mempunyai persoalan mengenai artikel ini boleh ditanyakan di halaman komen kami di bawah. Semoga dengan ilmu ini dapat menolong anda ketika sedang melancong atau mempelajari mengenagi negeri Sabah.

Bagi menambah ilmu anda yang lain, silalah klik link di bawah untuk mempelajari tentang Senarai Perdana Menteri di Malaysia. Dalam artikel itu juga diceritakan tentang profil setiap Perdana Menteri supata anda lebih mengenali siapakah Perdana Menteri Malaysia kita.

Klik sini –> Senarai Perdana Menteri Malaysia
Viewing all 168 articles
Browse latest View live