Quantcast
Channel: Malaysia Stream
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Cara Guna Sistem E Penyata Gaji

$
0
0
Cara Guna Sistem E Penyata Gaji. E-Penyata gaji adalah sistem daftar masuk ANM bagi melakukan semakan, mengakses dan boleh di-print slip gaji Kakitangan Kerajaan secara dalam talian dan juga secara tidak langsung dapat menyenangkan urusan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Cara Guna Sistem E Penyata Gaji

  • Sekiranya anda mendaftar buat pertama kali ke E-Penyata Gaji anda perlulah tekan pada “Pertama Kali Mendaftar” serta memasukkan maklumat yang diminta. Pendaftaran anda akan berjaya sekiranya maklumat No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.
  • Untuk mengakses masuk ke dalam sistem E-Penyata pada masa akan datang, anda hanya perlu memasukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat sesudah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my kemudian klik pada butang “Daftar Masuk” bagi meneruskan akses ke dalam sistem E-Penyata Gaji.

Sistem-E-Penyata

  • Kemudian tekan pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk setiap maklumat atau muat turun Penyata Gaji yang paling terbaru dalam format PDF. Anda juga boleh mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara dalam talian atau dalam bentuk E-Penyata serta akses kepada informasi Pendapatan Tahunan dan informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Fail Majikan, No. Cukai Pendapatan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan banyak lagi dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Baca Juga Disini --> Semak E-Penyata Gaji

  • Anda juga boleh membuat semakan Penyata Pendapatan anda melalui E-Penyata dengan menerima butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun. Ianya dapat membantu anda untuk memahami maklumat bayaran yang tepat dan benar termasuk informasi cukai serta insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga boleh mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan daripada Biro Angkasa dengan lebih pantas dan tepat.
epenyata gaji online

Dari masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan di-update. Sistem e-penyata ini sudah mula dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan bagi melihat butiran penyata pendapatan bulanan dan tahunan dengan pantas dan tepat dilengkapi dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga dapat menjimatkan kos slip penyata gaji bagi pihak kerajaan.

Sekiranya anda terlupa password atau kata laluan E-Penyata Gaji, anda boleh baca disini untuk bantuan. Klik Disini --> Cara Reset Password E Penyata Gaji

Semoga dengana artikel ini dapat membantu anda semua untuk memahami lagi lebih lanjut tentang sistem E Penyata Gaji ini. Terima kasih.

Jadual Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 3 2017

$
0
0

Untuk pengetahuan semua, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan jadual waktu pentaksiran pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 3 2017.

Pentaksiran yang akan dijalankan adalah dalam bentuk ujian bertulis.

Anda boleh lihat paparan jadual peperiksaan / ujian bertlis PAV Tingkatan 3 2017 di bawah.

Bagi melihat paparan jadual yang lebih besar dan jelas, sila klik gambar.





Jika ingin muat turun fail dalam bentuk PDF, sila klik di sini.

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

$
0
0
Anda akan mengambil peperiksaan SPM 2017?

Untuk calon peperiksaan SPM tahun ini, memandangkan jadual waktu peperiksaan telah dikeluarkan, anda sepatutnya sudah memiliki jadual belajar sendiri yang sistematik agar masa anda dapat dimanfaatkan dengan baik sepenuhnya.

Berikut kami sediakan jadual waktu peperiksaan SPM (draft) 2017:

























Bagi yang ingin muat turun jadual ini, tekan Jadual Peperiksaan SPM (DRAFT) 2017

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada calon-calon SPM 2017.

Waktu Operasi Pos Laju Dalam Bulan Ramadhan 2017/1438H

$
0
0


Berkuatkuasa dari 27 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017 sempena bulan Ramadhan 2017/1438H, cawangan-cawangan Pos Laju terpilih akan menjalankan waktu operasi mereka seperti di bawah.

Selain kaunter-kaunter di bawah, kaunter yang tidak dinyatakan dalam jadual berikut akan menjalankan operasi mereka seperti biasa.

Bagi yang ingin melakukan semakan waktu operasi biasa Pos Laju di seluruh Malaysia, layari laman carian cawangan Pos Laju di link berikut.
 


WAKTU OPERASI POS LAJU DALAM BULAN RAMADHAN 2017/1438H

NEGERI
CAWANGAN
WAKTU OPERASI
BUKA
(pagi)
TUTUP
(petang)
PULAU PINANG
Pusat Pos Laju Pulau Pinang
8.00
6.30
PULAU PINANG
Pusat Pos Laju Butterworth
8.00
6.30
KEDAH
EziDrive-Thru GPU Alor Setar
8.00
6.30
PERAK
Pusat Pos Laju Ipoh
8.00
6.30
PERAK
Pusat Pos Laju Kuala Kangsar
8.30
6.30
KUALA LUMPUR
Pusat Pos Laju Kuala Lumpur
8.00
6.30
KUALA LUMPUR
Pusat Pos Laju Kepong
8.00
6.30
KUALA LUMPUR
Pusat Pos Laju Cheras
8.30
6.30
KUALA LUMPUR
Pusat Pos Laju Batu Caves
8.00
6.30
KUALA LUMPUR
EziDrive-Thru Kuala Lumpur
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Petaling Jaya
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Bandar Baru Bangi
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Balakong
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Klang
8.30
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Kota Damansara
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Pos Laju Puchong
8.30
6.30
SELANGOR
Pusat Perkhidmatan Pos Laju GPU Shah Alam
8.00
6.30
SELANGOR
Pusat Perkhidmatan Pos Laju Glenmarie
8.00
6.30
SELANGOR
EziDrive-Thru GPU Shah Alam
8.00
6.30
SELANGOR
EziDrive-Thru NMC Shah Alam
8.00
6.30
SELANGOR
EziDrive-Thru Kelana Jaya
8.00
6.30
SELANGOR
EziDrive-Thru Bandar Baru Bangi
8.00
6.30
PUTRAJAYA
EziDrive-Thru Putrajaya
8.00
6.30
NEGERI SEMBILAN
Pusat Pos Laju Seremban
8.30
6.30
MELAKA
Pusat Pos Laju Melaka
8.00
6.30
KELANTAN
Pusat Pos Laju Kota Bharu
8.30
6.30
PAHANG
EziDrive-Thru GPO Kuantan
8.00
6.30


MalaysiaStream berharap maklumat yang kami sediakan ini dapat memanfaatkan anda terutama sekali bagi peniaga-peniaga online.

Terima kasih.


Bayaran Harga Denda Mykad IC Hilang

$
0
0

Perhatian kepada mana-mana individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) kerana kelalaian atau kecuaian diri sendiri, diingatkan jangan sesekali membuat laporan polis yang palsu semata-mata beralasan ingin mengelakkan daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa membuat permohonan gantian hilang Mykad.


Biasanya laporan polis palsu yang dilakukan oleh mereka yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) kerana kecuaian sendiri adalah dengan membuat dakwaan menjadi mangsa dalam kejadian kes jenayah yang sama seperti diragut, disamun, dirompak dan kecurian.


Jika anda didapati bersalah akibat membuat laporan polis palsu, anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.


Pihak PDRM akan memandang serius terhadap kes-kes penipuan seperti ini dan akan menjalankan siasatan lanjut ke atas laporan yang dilakukan oleh orang awam.

Bukan itu sahaja, pihak polis akan meneliti dengan terperinci setiap keterangan yang dilaporkan bersama siasatan serta butiran-butiran fakta yang diberikan sehingga berjaya mengesan sebarang keraguan atau kecurigaan terhadap kes yang dilaporkan.

Jika kejadian yang anda laporkan itu hanya rekaan semata-mata, lebih mudah ia dikesan sebagai laporan palsu.

Justeru, jika anda kehilangan Kad Pengenalan (IC) atau MyKad kerana kecuaian sendiri, jangan sesekali buat laporan palsu kerana anda sendiri akan menanggung akibatnya membuat penipuan dan tentu sekali tidak akan terlepas daripada kesalahan tersebut.

Maklumat Bayaran Harga Denda Mykad IC Hilang


Kadar bayaran denda untuk individu warganegara Malaysia yang kehilangan MyKad akibat kecuaian sendiri telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bayaran denda bagi kehilangan kes kecurian sendiri:
 
KEHILANGAN
BAYARAN DENDA
JUMLAH DAN CAJ
KALI PERTAMA
RM100
RM110
KALI KEDUA
RM300
RM310
KALI KETIGA DAN SETERUSNYA
RM1,000
RM1,010

Denda yang dikenakan akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10.


Akan tetapi, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada Orang Kurang Upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.


Klik link di bawah
 untuk mengetahui maklumat rasmi dan keterangan lanjut.

GARIS PANDUAN PROSEDUR

Pemohon buat kali pertama boleh terus ke kaunter JPN sementara pemohonan buat kali kedua dan seterusnya hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum membuat permohonan di kaunter JPN.


Selain itu, permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan dijalankan siasatan terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan. 


Sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan, permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara.


Kami berharap segala informasi di atas dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Terima kasih. 

Cara Buat Semakan Nama Peminjam Dan Penjamin Blacklist CTOS Dan CCRIS

$
0
0


Kepada individu-individu yang gagal untuk membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan beralasan nama disenaraihitamkan (blacklist) CTOS dan CCRIS, anda dinasihatkan agar menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status supaya mengetahui sama ada benar-benar terlibat dalam masalah berkenaan.


Kebanyakan individu mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan di ruangan komen dalam blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS.


Peringatan untuk semua, tindakan seperti itu merupakan tindakan yang kurang bijak kerana admin blog tidak dapat membantu anda untuk membuat semakan laporan kredit sama ada nama anda sebagai peminjam mahupun penjamin disenaraihitamkan, melainkan anda sendiri yang mempunyai usaha untuk berhubung dengan pihak atau mana-mana agensi terlibat melalui saluran yang betul.


Bukan itu sahaja, maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat atau nombor telefon yang didedahkan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan butiran peribadi anda bagi tujuan tertentu.


Sehubungan dengan itu, dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih saluran yang betul bagi tujuan tersebut.


Info Mengenai Senaraihitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS



Blacklist dapat dikategorikan sebagai istilah tahanan mahupun kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan.


Sesetengah pihak berpendapat bahawa CTOS dan CCRIS bukan sistem yang menyenarai hitam peminjam cuma ia merekodkan aktiviti-aktiviti peminjam sama ada melakukan bayaran semula pinjaman dengan baik atau tidak.


Maklumat tersebut akan dijadikan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan bagi menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan.


Jika didapati nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS menunjukkan pembayar hutang yang tidak bagus maka ini menutup kesempatan peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran semula pinjaman tertunggak yang terdahulu.


Info Mengenai Semakan Laporan Kredit CTOS



CTOS berfungsi memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberi pinjaman kepada pemohon.

CTOS merupakan satu syarikat yang membangunkan sistem bagi merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam.

Peminjam yang tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang sudah ditetapkan, maka nama akan direkodkan dalam CTOS.

Anda boleh terus hubungi pihak CTOS di CTOS Service Centre melalui pautan di bawah:




Info Mengenai Semakan Laporan Kredit CCRIS



Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) merupakan rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan


Sekiranya peminjam membuat ‘bayaran cantik’ seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank, laporan dalam data CCRIS akan merekodkan peminjam sebagai pembayar hutang yang bagus. 


Justeru, peminjam ini tiada sebarang permasalahan jika ingin membuat permohonan pinjaman baharu. Namun, ia masih juga tertakluk pada syarat, rekod dan kelulusan lain.


Sebaliknya, jika bayaran oleh peminjam tidak bagus, peminjam berkemungkinan menghadapi masalah untuk membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana cawangan bank sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) telah dikemaskini dalam data.


Buat pengetahuan anda, anda tidak boleh menyemak rekod CCRIS menerusi bank yang anda membuat pinjaman.


Pihak bank kebiasaannya akan menyarankan anda untuk mendapatkan rekod laporan kredit tersebut melalui Bank Negara Malaysia kerana urusan anda akan menjadi jauh lebih mudah disebabkan kiosk layan diri telah disediakan di Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS.


Selain itu, maklumat-maklumat anda seperti rekod kategori peminjam, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan secara lebih terperinci.


Sebarang info mengenai cara permohonan semakan CCRIS, boleh rujuk pautan ini:


Semoga informasi ini dapat membantu anda. 

Silakan share sekali artikel ini supaya ramai lagi dapat maklumat berguna ini. 

Terima kasih. 

Semakan Menduduki Ujian MEdSI UA Dan Temuduga UPSI 2017-2018

$
0
0

Kepada calon-calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UPSI atau Universiti Awam yang lain, calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu termasuk calon UPSI, UUM, UPM, UM, UiTM, UTHM, USM, UKM dan UIAM.


Untuk makluman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyelaraskan semakan menduduki ujian MEdSI, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) yang terlibat.


TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEDSI: 

  • 25 Mei 2017 (selepas jam 5pm)

Klik pautan ini: Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MEdSI

Sebarang maklumat sila klik ini: Laman Web Rasmi Kemasukan UPSI

Semak KADS1M Secara Online

$
0
0




Bagi pemohon KADS1M dan masih belum menerima sebarang emel, anda boleh cuba menyemak secara atas talianSISTEM SEMAKAN KADS1M.




Semakan boleh dilakukan bermula 1 Jun 2017.

Sila tekan di sini untuk membuat semakan secara online.




Sekiranya status masih diproses, anda boleh hubungi pihak Bank Rakyat untuk mengetahui tempoh kad anda akan diproses. 


Jangan lupa bookmark artikel ini untuk mendapatkan maklumat terkini daripada kami.


Terima kasih.

Cara Sembuhkan Demam, Selesema Tanpa Ubat

$
0
0

Penyakit seperti demam, badan panas dan selesema sebenarnya mempunyai pelbagai alternatif lain untuk menyembuhkannya selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan. 


Akan tetapi, kita juga perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum terkena penyakit demam, badan panas dan selesema supaya dapat mengatasi masalah tersebut dengan berkesan agar cepat sembuh. 


Tanda-tanda awal atau simptom demam biasanya berkait rapat dengan selesema sehingga hidung berair dan tersumbat selain sakit tekak. 


Mengikut petua-petua orang dahulu, jenis-jenis makanan berikut dapat membantu memulihkan penyakit demam, badan panas dan selesema. 


Ini juga diakui dengan kajian kesihatan yang telah dilakukan. 


1. HALIA
  • Dapat hilangkan rasa sejuk dalaman badan semasa demam.  
  • Caranya ialah dengan menambah halia dan limau untuk air panas dan minum 2 kali sehari. 

2. IKAN 
  • Ikan yang kaya dengan protein seperti ikan tuna, salmon, ikan kembung sangat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang dapat mengurangkan keradangan dalam badan. 
  • Sekiranya mempunyai keradangan kronik, kita akan lebih terdedah kepada selesema. 

3. SAYURAN HIJAU
  • Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayuran hijau dapat membantu melawan sejuk dan selesema.
  • Sayuran hijau juga amat baik untuk kesihatan kita. 

4. BAWANG PUTIH
  • Dapat membantu dalam melawan jangkitan
  • Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi 
  • Mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus 
  • Menghasilkan antioksidan 
  • Lebih baik jika dimakan mentah

5. KUNYIT
  • Membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria
  • Tambahkan kunyit ke dalam makanan yang dimakan / tambahkan kunyit untuk susu panas dan minum semasa mengalami selesema

6. MADU
  • Membantu dan melawan jangkitan bakteria
  • Bermanfaat sekiranya mengalami sakit tekak

7. AIR BERAS
  • Ambil secawan air didihan beras dan minum ketika air masih suam dapat hilangkan selesema


Jika penyakit demam dan selesema masih lagi berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya


Kami berharap maklumat di atas dapat sedikit sebanyak membantu anda. 


SHARE artikel ini supaya lebih ramai lagi dapat mengetahui informasi bermanfaat ini.


Terima kasih.

Contoh Soalan MEdSI Terkini Dan Panduan

$
0
0
Contoh Soalan MEdSI Terkini Dan Panduan 


Tahukah anda apa itu MEdSI


Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan ujian pemilihan bagi kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan SPTM / Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam.


Tujuan utama Ujian MEdSI ini adalah untuk mengukur kualiti intrinsic calon-calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.


Sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang telah menggubal MEdSI.


Segala informasi dan data yang diperoleh daripada pengukuran atau ujian ini digunakan bagi pemilihan calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA. 



KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN MEdSI


Kepada calon-calon yang ingin membuat permohonan ujian MEdSI, calon-calon mestilah lepasan STPM /  setaraf bagi mengikuti Progaram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IPTA.


Jadi, dengan memiliki kelayakan tersebut, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) akan mempertimbangkan bagi mengambil ujian MEdSI.



FORMAT UJIAN MEdSI


  • Bilangan soalan: 300 (Jawapan dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja)
  • Tempoh menjawab: 1 Jam (1 soalan = 12 saat untuk menjawab)
  • 4 Bahagian

BAHAGIAN 1 (110 ITEM)
: PERSONALITI

BAHAGIAN 2 (60 ITEM) : MINAT KERJAYA

BAHAGIAN 3 (70 ITEM) : NILAI INTEGRITI

BAHAGIAN 4 (60 ITEM) : KECERDASAN EMOSI


PANDUAN MEdSI

  1. Semak kelayakan anda untuk menduduki MEdSI di laman ini : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/
  2. Semasa mengisi permohonan online kemasukan pelajar menerusi laman web UPU, calon yang akan memilih sendiri nama tempat untuk menduduki ujian MEdSI.
  3. Menerusi laman web UPSI, calon juga boleh membuat semakan tempat menduduki ujian MEdSI. 
  4. Tiada bayaran dikenakan bagi menduduki ujian ini. 
  5. Calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 dalam permohonon online sahaja yang boleh menduduki MEdSI.
  6. Sah untuk sekali menduduki sahaja. 
  7. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara automatiknya, ujian ini ditawarkan sekiranya calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kelayakan calon sama ada memenuhi syarat program.


CONTOH SOALAN MEdSI TERKINI









Panduan Dan Contoh Soalan Ujian MEdSI













Semoga segala informasi di atas berguna dan bermanfaat untuk calon-calon yang membuat persiapan bagi menduduki ujian MEdSI.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua.


Tekan di sini untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET!

Panduan Solat Sunat Dhuha Dan Doa

$
0
0



Panduan Solat Sunat Dhuha Dan Doa


Solat sunat dhuha afdhal dilakukan pada waktu pagi hari semasa matahari sedang naik


  • CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT DHUHA

Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata :

"Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha di waktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan)."


  • HURAIAN HADITH

  1. Umat Islam perlulah taat kepada perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. 
  2. Jati diri muslim yang sejati dapt dibentuk jika bersungguh-sungguh dan ikhlas melaksanakan amal ibadat. 
  3. Solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan semasa naiknya matahari sehinggalah condongnya, namun afdhal dilaksanakan semasa matahari benar-benar naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan solat sunat Dhuah semasa matahari bersangatan panas adalah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan solat seperti terbitnya matahari. 

  • BILANGAN RAKAAT 
  1. Jumlah rakaat paling minima ialah 2 rakaat 
  2. Boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat tertentu (2 rakaat 1 salam)


  • MASA DAN WAKTU
  1. Dilakukan sewaktu matahari mula naik iaitu sebaik berakhirnya waktu yang diharamkan solat selepas solat Subuh (12 minit selepas matahari terbit / boleh lakukannya selepas 15 minit untuk lebih berhati-hati) 
  2. Dilakukan sebelum matahari condong / tergelincir semasa tengah hari (10 minit sebelum masuk waktu Zohor / boleh lakukannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’
  3. Waktu afdhal : Saat matahari panas terik


  • NIAT SOLAT SUNAT DHUHA (JAWI)



  • NIAT SOLAT SUNAT DHUHA (RUMI)

Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.



  • MAKSUD NIAT 

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



  • SURAH-SURAH YANG DIANJURKAN UNTUK MEMBACA

  1. Solat Dhuha 2 rakaat
  • Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau
  • As-Syams dan Ad-Dhuha atau
  • Al-Lail dan Al-Insyirah

2. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat
  • Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha
  • Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


  • BACAAN SEMASA SUJUD TERAKHIR (3 KALI)



  • BERTASBIH (10 KALI) SELEPAS BERI SALAM 




  • BACAAN DOA SELEPAS SOLAT



Maksudnya:


“Ya Allah,
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu,
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu, 
Kekuatannya, kekuatanMu, 
Kekuasaannya, kekuasaanMu, 
Perlindungannya, perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
Jika di bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, 
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu.

Limpahkan kepadaku segala yang telah kau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."



  • FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA 

1. Amalan Berbentuk Sedekah

Setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang hendaklah mengeluakan sedekah untuk menunjukkan taat kepada Allah SWT. 

Oleh itu, solat sunat Dhuha merupakan amalan yang boleh menunaikan tanggungjawab ini. 


2. Rezeki

Manfaat yang dapat kita peroleh ialah dapat dijauhkan daripada kemiskinan. 

Bagi yang melakukan solat sunat Dhuha, Allah SWT sentiasa akan mencukupkan segala keperluan kita sepanjang siang hari.  


Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata:

Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:


Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. 

(Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)


3. Dapat Pahala Ibarat Mengerjakan Haji Dan Umrah

Individu yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah dan tetap berada dalam masjid dengan malafazkan zikir kepada Allah serta menunaikan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari, justeru, individu berkenaan akan dikurniakan pahala ibarat mengerjakan haji dan umrah.



4. Menghapuskan Dosa


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” 
(Riwayat Abu Daud)


Selain itu, kelebihan solat sunat Dhuha ialah dapat menjauhkan diri daripada terkena azab sekasa api neraka pada hari Kiamat.


Solat sunat Dhuha yang dijadikan sebagai rutin harian akan mendapat balasan Syurga daripada Allah. 


Rasulullah SAW bersabda: 

“Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil "Di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”


Sebagai kesimpulannya, amat rugi bagi orang-orang yang sengaja tidak menunaikan solat sunat Dhuha sedangkan mereka mampu dan ada masa untuk menunaikannya


Bagi yang menunaikan solat sunat Dhuha, mereka akan mendapat ganjaran balasan dan keuntungan yang sangat besar.


Marilah kita sama-sama berusaha untuk beristiqamah dalam melakukan ibadat sunat ini.

Amalan Rasulullah Pada Bulan Ramadhan

$
0
0


10 Amalan Rasulullah Dalam Bulan Ramadhan 


Ramadhan merupakan bulan suci yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya dan lebih baik daripada 1000 bulan. 

Golongan yang mensia-siakan peluang untuk berebut melakukan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini bahkan membiarkan peluang ini pergi dengan begitu sahaja sangatlah rugi.

Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW banyak menunjukkan contoh untuk kita sebagai umat Islam mengamalkan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan mulia ini. 

Amalan-amalan yang dianjurkan untuk kita perbanyak selama bulan suci ini ialah: 


# BERSAHUR


Selain dapat mengekalkan tenaga untuk berpuasa pada keesokan harinya, bersahur juga dapat memberi ganjaran pahala dan perkara ini paling penting dalam ibadah puasa. 


“Bersahurlah kalian, kerana pada santap sahur itu ada keberkahan.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



# SEGERAKAN BERBUKA PUASA


Rasulullah SAW bersabda:


“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


# BERTADARUS & KHATAMKAN AL-QURAN


Bulan Ramadhan ialah bulan di mana Al-Quran diturunkan dan membaca Al-Quran sudah sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Justeru, sepatutnya kita menghidupkan amalan bertadarus dan mengkhatamkan Al-Quran pada bila-bila masa kerana amalan ini menjadi pengisian utama Baginda Rasulullah SAW dan para solihin.



#SEBARKAN KEBAIKAN


Raslulullah SAW menjadikan waktu bulan Ramdhan sebagai waktu untuk menjalankan dakwah. 

Pada waktu ini juga sesuai untuk kita jadikan sebagai cara untuk mengajak orang melakukan ke arah kebaikan. 

Ramai pada waktu ini yang sedang cuba untuk berubah ke arah kebaikan, oleh itu, menjadi lebih mudah untuk orang menyahut seruan kebaikan ini.


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.”

(Al-Imran: 104)



#BERI MAKANAN BERBUKA PUASA KEPADA ORANG LAIN



“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”


(Hadis Riwayat Nasa’i dan Tirmidzi)


Amalan ini dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan sangat elok sekali untuk dijadikan ikutan dalam bulan mulia ini.



#SOLAT TARAWIH 


Solat tarawih ialah ibadah sunnah yang hanya dilakukan dalam bulan Ramadhan dan boleh dilakukan secara berjemaah di masjid atau secara bersendirian di rumah. 


Rasulullah SAW juga mendirikan solat Tarawih serta pernah mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah dan bersendirian.



#BERTAUBAT


Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada semua hambaNya. 


Justeru, bulan ini sungguh sesuai sekali untuk dijadikan waktu untuk bertaubat kepada Allah SWT. 



#BERIKTIQAF 


Iktiqaf bermaksud perbuatan berdiam diri di masjid dengan niat beribadah kepada Allah SWT.


Baginda Rasulullah SAW sering beriktiqaf pada awal, pertengahan dan 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.


Bukan itu sahaja, Baginda juga amat kerap beriktiqaf di luar bulan Ramadhan. 


Imam az-Zuhri berkata:


“Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan iktikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”



#HIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR 


Terdapat satu malam yang memang istimewa yang hanya ada dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar. 

Kebaikannya melebihi kebaikan 1000 bulan. 


Baginda Rasulullah SAW menjaga 10 malam-malam terakhir dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan Lailatul Qadar. 


Baginda meminta kita mencari malam penuh istimewa itu pada setiap malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. 



Sabda Rasulullah SAW:


“Barangsiapa yang melakukan ibadah salat di malam Lailatul Qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



#MENGERJAKAN UMRAH 



Sangat besar dan berlipat kali ganda pahala yang diperoleh bagi mereka yang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. 


Rasulullah SAW berkata kepada Ummu Sinan,


“Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW.”


(HR. Bukhari dan Muslim)


Kesimpulannya, sebagai umat Baginda, kita hendaklah mengikuti amalan-amalan yang ditunjukkan oleh Baginda sepanjang bulan mulia ini agar memperoleh Ramadhan yang lebih bermakna. 



Diharapkan setiap amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini dan pada masa akan datang sentiasa diterima oleh Allah SWT. 

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) Dan Rumah Idaman Rakyat (RIR)

$
0
0
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah satu organisasi yang bertanggungjawab menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada keluarga-keluarga di Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.
SPNB ialah organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap golongan sasaran dengan membina rumah yang ada rekabentuk praktikal dan ekonomikal menerusi penambahbaikan secara berterusan sama ada melalui peruntukan yang disediakan kerajaan (subsidi) atau secara komersial (tanpa subsidi).
PERMOHONAN ONLINE RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M) DAN RUMAH IDAMAN RAKYAT (RIR)
Melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi, SPNB membuka peluang kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki tanah sendiri untuk mendapatkan rumah pada harga berpatutan mengikut kemampuan masing-masing.
Menerusi program yang diperkenalkan kepada golongan sasar, kerajaan telah menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah.
Selaras dengan itu, ini merupakan usaha kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dijalankan bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Sebagai contoh, golongan nelayan, petani dan keluarga miskin yang tiada rumah atau tinggal di rumah usang (daif) namun mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.  
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RMR1M

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 - RM3,500 sebulan
  • Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna
  • Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik
  • Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada)
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps
  • Tertakluk kepada kelulusan pinjaman daripada Bank / Institusi kewangan
  • Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN (RMR1M)

  1. Dapatkan borang permohonan sama ada dari Ibu pejabat, Cawangan SPNB / Laman Web Rasmi SPNB / Membuat permohonan RMR1M secara online.
  2. Isi borang permohonan.
  3. Hantar borang permohonan kepada SPNB beserta dokumen salinan IC pemohon dan salinan geran hak milik tanah.

Sila klik pautan di bawah: 


Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus)

Bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan Rumah Mesra RAKYAT 1Malaysia  (RMR1M) kerana tidak menepati syarat minima kelayakan boleh cuba program perumahan baharu yang diperkenalkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRplus).


Klik pautan ini untuk melihat s
enarai projek terkini rumah idaman rakyat: 



Untuk mendapatkan borang permohonan dan pendaftaran rumah idaman rakyat SPNB, sila klik pautan berikut:

Pembayaran BR1M 2017 (LATEST UPDATE)

$
0
0


PEMBAYARAN BR1M 2017.


Kami sediakan maklumat terkini buat penerima dan bakal penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017, terdapat kenaikan kadar BR1M bagi semua kategori.



Informasi penting di bawah berkaitan dengan cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh boleh menerima duit BR1M 2017.



Untuk kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas), kaedah pembayaran BR1M 2017 akan diagihkan mengikut peringkat sebanyak 3 kali setahun pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.



Untuk kategori individu/bujang pula, pembayaran akan dibayar sekaligus mulai Februari 2017.



Tarikh Dan Amaun Pembayaran BR1M Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan






TARIKH BAYARAN BERMULA

PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH RM3,000 DAN KE BAWAH (TERMASUK e-KASIH)


PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH RM3,001 - RM4,000
INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS DENGAN PENDAPATAN BULANAN RM2,000 DAN KE BAWAH
18 FEB (baucar)

22 FEB (masuk akaun)

RM400

RM300

RM450
5 JUN 2017
RM400
RM300
-
OGOS 2017
RM400
RM300
-
TOTAL
RM1,200
RM900
RM450


Kepada penerima yang telah mengisi maklumat akaun bank ketika memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.


Sementara itu, penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan mendapat baucar BR1M yang boleh anda dapatkan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Cara Pembayaran BR1M 2017

Sila buat semakan untuk memastikan permohonan BR1M anda berjaya atau sebaliknya (serta buat rayuan jika tidak berjaya) di pautan berikut. 


Sila hubungi nombor berikut jika mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tarikh dan cara pembayaran BR1M 2017: 

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia : 03-88824565 / 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : 1-800-88-2716
  • Email : br1m@treasury.gov.my

Kami berharap maklumat ini dapat manfaatkan anda. Silakan SHARE artikel ini agar ramai lagi dapat informasi berguna ini.


Terima kasih.

Buat Semakan Status BR1M 2017

$
0
0


Buat semakan status permohonan BR1M 2017. 


Pemohon yang masih tidak pasti sama ada permohonan BR1M anda diterima atau tidak, anda boleh buat semakan bagi mengetahui status permohonan BR1M.


Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status BR1M 2017


1. Buat semakan status BR1M secara online


Tekan pautan di bawah untuk buat semakan BR1M di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM). 




2. Buat semakan status BR1M Menerusi Telefon


Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia : 03-88824565 / 03-88824566

Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : 1-800-88-2716

(Hari Bekerja : 9 pagi - 5 petang)



3. Buat semakan status BR1M Menerusi Email
Sila nyatakan sekali nama penuh dan nombor kad pengenalan anda dalam emel tersebut.



4. Keputusan Permohonan BR1M Dimaklumkan Secara Pos


Sebarang surat makluman atau notis lulus atau gagal permohonan BR1M akan dipos kepada pemohon. 


Jika berjaya, surat akan memberitahu tarikh dan lokasi majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).



5. Hadir ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM


Kami berharap segala maklumat dan informasi ini dapat memberi manfaat kepada anda. 


Sila bookmark (save) artikel ini supaya lebih memudahkan anda. 


Terima kasih.



Kaedah Semakan Senarai Hitam PTPTN

$
0
0


Kaedah Semakan Senarai Hitam PTPTN.


Individu-individu yang mempunyai tunggakan bayaran balik Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh disenarai hitamkan. 


Kesan individu yang diblacklist PTPTN kerana tunggakan ini ialah tidak akan dibenarkan mempernaharui pasport dan dihalang untuk pergi ke luar negara. 



Bagi yang tidak tahu status sama ada disenarai hitam atau tidak, anda boleh buat semakan secara percuma. 


Kaedah Semakan Senarai Hitam PTPTN



Jika peminjam diblacklist oleh imigresen, peminjam berkemungkinan besar memiliki rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).



Peminjam yang ingin mengeluarkan nama daripada senarai hitam dan memperbaiki rekod buruk CCRIS, peminjam perlu melunaskan kesemua hutang pinjaman / tunggakan yang ada. 



Jika tidak mampu, peminjam sendiri boleh cuba berunding dengan pihak PTPTN untuk menstruktur semula pembayaran pinjaman atau apa jua kaedah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.



Diharapkan segala maklumat mengenai senarai hitam PTPTN dapat memberi manfaat kepada anda.

Cara Buat Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online

$
0
0

Cara Buat Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online.


Individu-individu yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport dan akan dihalang ke luar negara atas sebab-sebab dan kesalahan tertentu.


Sekiranya anda membuat perancangan untuk pergi melancong ke luar negara, lebih baik anda membuat semakan terlebih dahulu sama ada anda diblacklist oleh imigresen atau tidak.


Dinasihatkan agar anda tidak mengambil mudah hal-hal seperti ini.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK SEMAK STATUS SENARAI HITAM IMIGRESEN ONLINE
  1. Masuk ke laman web aplikasi Semakan Status Kawalan Imigresen di pautan ini http://sspi2.imi.gov.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan dan klik butang ‘SEMAK’.
  3. Keputusan status yang anda inginkan ialah ‘TIADA HALANGAN’.

Sekiranya anda diblacklist, sila hubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000.


Anda juga boleh menghubungi mereka untuk mengenalpasti agensi-agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam, sebab anda diblacklist dan mendapatkan nasihat cara untuk mengeluarkan nama anda daripada senarai hitam.


Sebab-Sebab Individu Disenarai Hitam


  • Kebankrapan
  • Gagal bayar cukai pendapatan
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
  • Gagal bayar levi pekerja warga asing
  • Gagal lunas pinjaman PTPTN
  • Terlibat dalam jenayah atau kes-kes yang melibatkan jenayah

 

 Agensi Yang Menyenarai Hitam


Senarai blacklist yang dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk dikenakan tindakan sekatan ke luar negara.


Antaranya,
  1. Jabatan Insolvensi Malaysia
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  3. Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  4. Kastam Diraja Malaysia
  5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  6. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  7. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP
  8. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  9. Jabatan Pendaftaran Malaysia, Mahkamah dan Jabatan Penjara


Kami berharap segala informasi di atas mengenai semakan status senarai hitam Imigresen ini dapat memberi manfaat kepada anda sekaligus melancarkan lagi perancangan bagi yang ingin ke luar negara.

Cara Untuk Daftar Perniagaan Di SSM

$
0
0
Cara Untuk Daftar Perniagaan Di SSM.


Di sini kami sediakan maklumat berkaitan cara-cara untuk mendaftar perniagaan tunggal atau perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan secara online mahupun di mana-mana kaunter SSM.


PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI KAUNTER SSM



Pemilik perniagaan haruslah hadir sendiri di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).



Bagi yang mendaftar perniagaan perkongsian, setiap rakan kongsi hendaklah hadir ketika pendaftaran.



Anda boleh layari pautan di bawah ini bagi mengetahui tempat, masa operasi dan nombor pejabat SSM terdekat dengan anda.


CONTACT SSM



Mengenai proses pendaftaran perniagaan ini, SSM menjanjikan Sijil Pendaftaran Perniagaan dapat disiapkan dalam masa 1 jam dari tempoh bayaran dibuat.



Proses ini memakan masa yang singkat sahaja dan sangat mudah.



LANGKAH UNTUK MENDAFTAR PERNIAGAAN DI SSM

  • Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A).

  • Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42). Borang ini tidak diperlukan jika anda menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan.
  • Sediakan 1 salinan fotostat kad pengenalan pemilik/rakan kongsi.
  • Sediakan duit RM60/RM30 bagi yuran pendaftaran + RM10 untuk cetakan maklumat perniagaan.



(Yuran pendaftaran ialah RM60 untuk perniagaan menggunakan nama tred dan RM30 untuk perniagaan menggunakan nama sendiri).


Borang-borang yang diperlukan boleh dimuat turun di sini supaya anda boleh mengisi borang tersebut siap-siap di rumah sebelum ke pejabat SSM.


LANGKAH UNTUK DAFTAR PERNIAGAAN SSM SECARA ONLINE


Pendaftaran perniagaan SSM secara online boleh dilakukan menerusi perkhidmatan Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my.


Jika mempunyai apa-apa pertanyaan, rujuk http://www.ssm.com.my/contact-us untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon SSM.



Diharapkan semua informasi mengenai pendaftaran SSM ini dapat memanfaatkan pembaca terutama sekali para pemilik perniagaan di luar sana.
 

Tarikh Pembayaran Pencen 2017 Pesara Kerajaan

$
0
0
Tarikh Pembayaran Pencen 2017 Pesara Kerajaan.

Jadual pembayaran pencen secara bayaran bulanan bagi tahun 2017 berikut merupakan rasmi berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).






Dengan Jadual Pembayaran Pencen secara bayaran bulanan yang dikeluarkan ini, anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara dapat membuat perancangan serta menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih berhemah dan teratur.

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN TAHUN 2017

  • Pembayaran secara sebulan sekali dilakukan kepada anggota pencen perkhidmatan awam
  • Tarikh pembayaran pencen ini masih tertakluk kepada pindaan semasa. Sebarang perubahan akan kami kemaskini dengan kadar segera

Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Perkhidmatan Awam 2017
  
Bulan
Tarikh Bayaran Dan Hari
Januari
18.01.2017 (RABU)
Februari
21.02.2017 (SELASA)
Mac
21.03.2017 (SELASA)
April
20.04.2017 (KHAMIS)
Mei
18.05.2017 (KHAMIS)
Jun
14.06.2017 (RABU)
Julai
20.07.2017 (KHAMIS)
Ogos
21.08.2017 (ISNIN)
September
20.09.2017 (RABU)
Oktober
10.10.2017 (SELASA)
November
21.11.2017 (SELASA)
Disember
20.12.2017 (RABU)

Untuk pengetahuan anda, jika orang lain selain penerima pencen ingin membuat tuntutan, penerima pencen boleh melantik seorang wakil bagi menguruskan urusan pencen dengan pihak bank.

Namun, pelantikan wakil hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja.

Bagi wakil yang layak untuk mewakilkan penerima pencen, syaratnya ialah penerima pencen mesti seorang yang uzur yang mendapat bukti menerusi surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan / doktor swasta / Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Daerah.

Bagi pelantikan wakil diri, penerima pencen perlu membuat permohonan kepada Bahagian Pencen JPA menerusi Borang di sini → http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SKP/JPA.BP.SKP.B07.pdf


Pelantikan wakil diri sah untuk tempoh satu tahun dan boleh diperbaharui sekiranya masih diperlukan oleh penerima pencen. 


Selain itu, penerima pencen yang ingin tukar akaun bank perlu membuat notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis dan serahkan kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. 


Secara tak langsung, ini dapat mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

Kepada penerima pencen yang kehilangan buku akaun, anda dinasihatkan supaya membuka akaun baru di bank yang sama agar bayaran pencen boleh dipindahkan ke dalam akaun baru anda nanti. 


Sekiranya akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen berkemungkinan akan tergendala kerana bayaran pencen yang telah dihantar bagi dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank tersebut kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula untuk pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain. 


Semoga artikel ini dapat memanfaatkan semua pembaca di luar sana. 


Silakan SHARE dan BOOKMARK (SAVE) artikel ini agar dapat memudahkan lagi urusan anda. 


Terima kasih. 


Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

$
0
0

Panduan Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.




Solat sunat Hari Raya Aidilfitri ialah antara solat sunat yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidilfitri.


Hukumnya ialah sunat muakkad dan amat digalakkan.




Untuk pengetahuan semua, solat sunat Hari Raya Aidilfitri terdiri daripada:

  • Dua rakaat
  • Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama sahaja dengan solat fardhu lima waktu, kecuali perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama manakala lima kali pada rakaat kedua
  • Khutbah Solat Hari Raya Aidilfitri adalah sewaktu selesai solat
  • Setelah habis khutbah, Umat Islam digalakkan untuk bersalam-salaman dan menziarahi saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai

*Khutbah Aidilfitri dari segi rukunnya sama seperti khutbah Jumaat, tetapi sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 7 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua





CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI



Sebelum bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri, Umat Islam disunatkan mandi dan membersihkan diri besertakan niat.


Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri







Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri





Rakaat Pertama

  • Dimulai dengan lafaz takbiratulihram dengan menyebut Allahuakbar beserta niat dalam hati
  • Bacaan doa iftitah
  • Lafaz takbir 7 kali diselang seli dengan bacaan tasbih:
  • Bacaan Surah Al-Fatihah
  • Bacaan Surah Al-Quran (disunatkan baca Surah Al-A'laa)
  • Teruskan solat sampai habis rakaat pertama


Rakaat Kedua

  • Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Lafaz takbir 5 kali diselang seli dengan bacaan tasbih:
  • Bacaan Surah Al-Fatihah
  • Bacaan Surah Al-Quran (disunatkan baca Surah Al-Ghaasyiyah)
  • Teruskan solat sampai habis rakaat kedua
  • Beri salam


Selamat beramal dan menunaikan ibadah. Semoga hidup kita semua diberkati Allah. Ameen.
Viewing all 168 articles
Browse latest View live